Sudah berpuluh tahun kerajaan PAS memerintah Kelantan, namun kadar kemiskinan masih berada pada tahap yang tinggi. Nasib keluarga ini pula diperjudikan untuk kepentingan poket dan mengekalkan kekayaan legasi keluarga pemimpin mereka.
Mungkin kalangan yang hadir dalam demonstrasi "R Untuk Royalti" di Putrajaya tempoh hari, lahir dalam keluarga kurang berkemampuan.
Mereka dijanjikan wang royalti yang akan dituntut merupakan "hak" mereka. Atas kapasiti ingin menuntut hak mereka, mereka hadir demi mengubah nasib keluarga dengan wang berkenaan.
Namun tanpa mereka sedar, mereka bakal ditipu hidup-hidup. Pemimpin mereka hadir dan menanti dalam kereta mewah. Sedangkan mereka pula terpaksa menahan panas, mengelap peluh dan berpenat-lelah semata-mata untuk memastikan wang royalti tersebut dikembalikan kepada kerajaan PAS Kelantan.
Seandainya tuntutan ini berjaya, percayalah "hak" ini tidak akan kembali kepada mereka, sebaliknya pimpinan negeri akan sibuk mencanang untuk melaksanakan projek mega itu dan ini.

Projek itu dan ini kemudian akan diserahkan kepada anak, menantu dan saudara-mara untuk diuruskan. Kesudahannya wang royalti akan menjadi milik legasi keluarga pemimpin PAS.
Bagaimana pula nasib adik-adik ini? Adik-adik ini sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk turut serta bersama-sama ibu dan ayah menuntut wang royalti.
Bagaimana pula nasib adik-adik ini? Adik-adik ini sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk turut serta bersama-sama ibu dan ayah menuntut wang royalti.
Bagaimana kalau tuntutan royalti itu gagal? Adakah PAS Kelantan akan membela nasib keluarga kurang berkemampuan yang hadir pagi ini?
Mereka sanggup menyuruh anak mereka ponteng sekolah semata-mata untuk hadir dalam demonstrasi ini. Kemudian andai tuntutan ini gagal, dan anak mereka kurang berjaya dalam pelajaran (disebabkan selalu ponteng sekolah dan menyertai demonstrasi), mereka akan mewarisi dan meneruskan kemiskinan keluarga mereka.

Akhirnya, kerajaan BN juga akan dipersalahkan sedangkan kerajaan PAS Kelantan akan mengambil sikap sambil lewa dan lepas tangan.
Nasiblah adik-adik ini, kalau esok tidak berjaya boleh mohon jadi pekerja Ladang Rakyat dan Koridor Depu!
Nik Abdul Aziz Nik Mat, Nik Mohamad Abduh, Husam Musa akan tetap terus kaya. Penyokong PAS pula terus merana.
"ACU TEST SEPENGGAL, TUKAR"

Wak Canang

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini