Pages

Thursday, 13 September 2012

MB SELANGOR KECUT TELOR! TOLAK DEBAT HINGGA LARI KE BANGKOK?

 
Menyedihkan! Sekali lagi rakyat Selangor dinafikan kebenaran berkenaan penyelewengan oleh Kerajaan Selangor pimpinan Pakatan Haram dalam kutipan semula hutang Talam Corporation Bhd (TALAM).

Keengganan MB Selangor untuk berdebat dengan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Chua Tee Yong malam tadi menimbulkan spekulasi bahawa memang wujud penyelewengan berkenaan isu Talam.

Yang lucunya, Khalid Ibrahim sebaliknya menghantar empat orang wakil - MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua, William Leong (Selayang), Dr Zulkefly Ahmad (Kuala Selangor) dan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin untuk berdepan dengan Tee Yong yang juga Pengerusi Biro Professional, Pemuda MCA.

Penulis bersetuju dengan tindakan Tee Yong tidak berdebat dengan empat wakil Menteri Besar itu yang jelas tidak adil dan jika perdebatan itu diteruskan, tidak pernah dalam sejarah manusia perdebatan mengambil tempat dengan 4 lawan 1.

Sebelum ini, Tee Yong secara konsisten menyatakan hanya akan berhadapan dengan Khalid Ibrahim sahaja berhubung skandal yang didakwa melibatkan penyelewengan sehingga RM1 billion.

Menurut Tee Yong dalam sidang media, beliau tidak pernah menyatakan hasrat untuk berdebat dengan mana-mana wakil yang dihantar oleh Kerajaan Selangor dan terus berazam untuk berdepan dengan Khalid Ibrahim bagi mendapatkan kebenaran di sebalik isu TALAM.

Dalam sidang media berasingan, Tony Pua memberi alasan ketiadaan Menteri Besar pada debat semalam disebabkan Khalid Ibrahim berada di Bangkok. Namun ketika didesak, Tony Pua enggan mengulas atas urusan apa Khalid Ibrahim berada di Bangkok.

Walaupun acara debat tidak berlangsung seperti yang dirancang, Tee Yong meneruskan majlis dengan melakukan pembentangan dan pendedahan skandal TALAM kepada orang ramai yang hadir selepas wakil-wakil Menteri Besar Pulang.




 


Sementara itu, Mynewshub melaporkan berlaku kekecohan hampir 10 minit ketika empat wakil kerajaan Selangor keluar meninggalkan dewan.

Kejadian berpunca dari sikap penyokong-penyokong Pakatan Haram yang bertindak menjerit dan memaki penyokong MCA yang masih berada di dalam dewan.

Tindakan seorang penyokong Pakatan Haram berbangsa Melayu menjerit perkataan 'cina babi' hampir menimbulkan pergaduhan di kalangan penyokong parti masing-masing.

Namun, pihak polis berjaya mengawal keadaan hingga orang ramai bersurai dengan aman.


mimr

1 comment:

  1. Salam Tuan Admin,

    Mohon izin utk pautkan blog saya di blogroll Tuan. Blog tuan telah saya pautkan di blog saya. Terima kasih. Selamat berjuang.

    Link blog saya : ibm-akusayangumno.blogspot.com

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini