Pages

Wednesday, 12 September 2012

ISU AIR: RAKYAT BERTINDAK SAMAN KERAJAAN SELANGOR!

 
SHAH ALAM 11 Sept. - Penulis bersyukur akhirnya rakyat Selangor bertindak bijak dengan menyaman Kerajaan Selangor akibat ditipu dengan pemberian air percuma.

Apa yang penulis kesalkan, kenapa baru sekarang rakyat bertindak menyaman kerajaan Selangor selepas 4 tahun ditipu? Mereka sepatutnya sudah lama berbuat demikian.

Semalam, seramai 711 pengguna air di Selangor memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 terhadap tiga pihak termasuk Menteri Besar Tan Abdul Khalid Ibrahim, atas kegagalan menerima subsidi air percuma di bawah Skim Air Percuma yang dilaksanakan kerajaan negeri.

Selain Abdul Khalid, plaintif yang terdiri daripada penduduk di kawasan Shah Alam menamakan kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Mereka memfailkan saman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.30 pagi melalui Tetuan Kamarudin & Partners.

Peguam Kamarudin Ahmad ketika ditemui penulis selepas memfailkan tuntutan itu, berkata saman akan diserahkan kepada semua defendan dalam tempoh seminggu.


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini