Pages

Sunday, 9 September 2012

KETUA AMK PENIPU! INI VIDEO BUKTI 'BODYGUARD' ANWAR CUBA BUNUH RAKYAT!!!

 

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menafikan salah seorang pengawal peribadi Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistolnya ke arah orang ramai ketika insiden menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat di Jasin, Melaka semalam seperti laporan Sinar Harian hari ini.

Menurut Shamsul, 'bodyguard' Anwar tidak mengacukan senjata tersebut ke arah orang ramai sebagaimana dilaporkan beberapa media hari ini.

Namun kenyataan yang dibuat oleh Ketua AMK itu adalah tidak benar dan berniat jahat kerana cuba menyembunyikan fakta sebenar.

Shamsul mungkin tidak sedar bahawa kejadian acu pistol itu telah dirakam oleh orang awam dan kini tersebar luas dalam alam maya dan telah dimuat turun oleh beberapa laman blog.

Penulis kesal dengan sikap pemimpin pakatan haram itu yang cuba menyogok rakyat dengan berita palsu. Inilah sikap pemimpin-pemimpin pakatan haram! Rakyat nilailah sendiri!

Demi kebenaran! Penulis tampilkan video rakaman kejadian acu pistol oleh 'bodyguard' Anwar Ibrahim.

Namun penulis tidak hairan jika pemimpin pakatan haram menafikan video ini dan menuduh kononnya video adalah video 'edit' seperti dakwaan dan sangkaan mereka terhadap video seks Anwar. 




mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini