Pages

Sunday, 9 September 2012

GILA! ANJING ANWAR CUBA BUNUH ORANG AWAM!!!

 
Polis Melaka sedang menyiasat dakwaan bahawa ketua pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim mengacukan pistol ketika kejadian menghalang bas PKR Jelajah Merdeka Rakyat yang turut dinaiki Ketua Pembangkang itu di Jasin semalam.

“Pengawal peribadi yang berusia 37 tahun itu telah ditahan dan dibebaskan dengan ikat jamin polis selepas selesai sesi rakaman percakapan kira-kira jam 9 malam di ibu pejabat polis daerah (IPD) Jasin, malam tadi,” kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah hari ini menurut Sinar Harian.

Laporan media hari ini menyebut polis menahan lelaki yang ditugaskan untuk mengawal Anwar selepas mengacukan senjata api ke arah orang ramai di Kampung Baru Rim, Jasin petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.15 petang, lelaki berusia 37 tahun, yang menaiki Toyota Camry, dipercayai berang dan keluar dari kenderaan sebelum mengacukan pistol selepas sekumpulan lelaki cuba menghalang bas dinaiki Anwar ke satu majlis di kampung tersebut.

Siasatan polis menunjukkan senjata api itu milik syarikat keselamatan dan pegawai terbabit dibenarkan membawanya ketika bertugas.


Raja Shahrom berkata, semua individu yang berada di kawasan kejadian diminta untuk tampil membantu polis mencari kebenaran dalam peristiwa yang berlaku ketika bas yang dinaiki pemimpin PKR dalam perjalanan menghadiri jamuan Aidilfitri di Rim, Jasin.


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini