Saudara Hamidzun mengetui rombongan bagi menyerahkan memorandum kepada wakil Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Shah Alam. |
SHAH ALAM 1 Ogos - Seramai 50 orang berhimpun secara aman di pekarangan bangunan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini bagi mendesak pihak berkuasa agama itu mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang cuba membawa pengaruh politik ke dalam masjid-masjid di negeri ini.
Mereka terdiri daripada wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Selangor, Jalur Tiga (Jati), Ikatan Kebajikan dan Dakwah Selangor, Waris Malaya, Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Gerakan Masyarakat Prihatin Selangor (GMPS).
Menurut wakil kumpulan berkenaan, beberapa buah Masjid dan Surau sekitar Shah Alam telah disalahgunakan dengan pihak pakatan haram telah memberhentikan solat tarawikh pada rakaat keempat bagi memberi laluan kepada tazkirah yang berbaur politik.
Menurutnya juga, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah mengganggu para jemaah untuk menunaikan ibadah dalam bulan puasa ini.
"Jais harus mengambil tindakan tegas terhadap mereka ini sebelum rakyat bangkit marah.. Kesucian Masjid dan Surau harus terpelihara dari sebarang aktiviti politik, kata salah seorang peserta perhimpunan, di sini semalam.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini