Pages

Friday, 3 August 2012

JAIS JANJI PANTAU 38 MASJID PANAS JADI PENTAS POLITIK PAS!



SHAH ALAM 3 Ogos – Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendedahkan terdapat 38 buah masjid di negeri ini dikategorikan sebagai perlu diberi perhatian kerana menjadi pentas sesetengah penceramah menzahirkan taksub mereka terhadap sesebuah parti politik.

Pengarahnya, Datuk Marzuki Hussin berkata, keadaan lebih serius apabila terdapat sekurang-kurangnya empat masjid dalam satu daerah berada dalam kategori pemerhatian berterusan Jais.

“Sebelum ini kita dah senaraikan masjid-masjid perlu dipantau iaitu sebanyak 36 dan terbaru kita terima dua nama (masjid) dan kita akan hantar penguat kuasa untuk membuat pemantauan.

“Faktor kekurangan anggota juga menjadi punca untuk meningkatkan aspek pemantauan di masjid terlibat mengadakan tazkirah politik,” katanya.

Marzuki berkata, Jais tidak menafikan berlaku salah guna masjid untuk tujuan tazkirah politik tetapi pihak sentiasa memantau bagi membendung kegiatan tersebut seiring dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mengingatkan supaya tiada pihak menjadikan tempat suci itu untuk berpolitik.

“Senarai masjid dan surau akan diberi perhatian secara berterusan dan pemantauan dijalankan tetapi setakat ini tiada sebarang masalah.

“Malah kita juga belum terima sebarang aduan rasmi melainkan semalam (kelmarin) apabila tujuh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyerahkan memorandum (berhubung isu ini),” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam tujuh NGO tersebut mendesak Jais serius menangani perbuatan tidak bertanggungjawab menyampaikan tazkirah berunsur politik di masjid dan surau dalam bulan Ramadan di seluruh negeri ini.

Marzuki berkata, aduan diterima daripada NGO terbabit mendapati terdapat dua masjid yang didakwa melakukan perkara tersebut dan tidak terdapat di dalam senarai Jais.

"Mungkin penceramah-penceramah tersebut mengadakan tazkirah berunsur politik ketika Jais melakukan pemantau di masjid lain," katanya.

Katanya, Jais membenarkan tazkiraH disampaikan di masjid tetapi peluang itu disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab. -Sinar

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini