SHAH ALAM - Belum reda isu beban hutang hampir RM15 juta yang membelenggu Universiti Selangor (Unisel), kini berbangkit pula tindakan pihak universiti membeli sebuah bangunan baru milik PKNS di Ijok.
Timbalan Pengerusi Barisan Nasiona l(BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, beliau pelik dengan tindakan Unisel membeli bangunan baru untuk dijadikan asrama di Kota Puteri sedangkan universiti tersebut dibelenggu beban hutang berjuta ringgit dengan Jana Niaga Sdn Bhd (JNSB).
“Unisel baru sahaja membeli bangunan baru milik PKNS di Kota Puteri yang boleh memuatkan 1,000 pelajar untuk dijadikan asrama.
“Mengapa beli bangunan baru sedangkan asrama yang sedia ada pun tak penuh? Unisel tidak sepatutnya membeli bangunan tersebut lebih-lebih lagi dengan kemelut hutang yang ada sekarang,”ujar beliau.
Menurutnya, masalah hutang sepatutnya menjadi keutamaan Unisel dan pihak universiti hendakalah berusaha menyelesaikannya terlebih dahulu agar pelajar dan pekerja-pekerja Unisel tidak mengalami sebarang masalah.
“Sebaliknya, disebabkan Unisel tak bayar hutang, pekerja-pekerja sudah mula mogok manakala para pelajar pula tidak dapat menggunakan kemudahan asrama kerana dihalang memasuki kawasan asrama oleh pihak JNSB .
“Jumlah pelajar yang dulunya penuh, kini hanya tinggal separuh. Dengan reputasi Unisel sekarang, bagaimana mereka mahu menarik pelajar baru? Kalau keadaan ini berterusan, lama-kelamaan Unisel mungkin ditutup,” katanya.
Beliau turut meminta penjelasan mengapa pihak Unisel tidak menggunakan wang yuran para pelajar untuk melunaskan hutang kepada JNSB.
“Sebab apa tidak boleh bayar hutang tersebut? Ke mana perginya yuran bayaran para pelajar? Adakah ia digunakan untuk pusingan modal atau digunakan untuk perkara lain?” tanya beliau.
Noh menegaskan, masalah seperti ini tidak pernah berlaku ketika pemerintahan kerajaan BN, namun di bawah kerajaan Pakatan, Unisel kini dilanda masalah kewangan yang teruk.
“Kenapa isu ini timbul sekarang? Ketika zaman BN dulu, masalah sebegini tidak pernah timbul kerana kita meletakkan orang-orang yang profesional untuk mentadbir Unisel.
“Tapi kini, pentadbiran Unisel penuh dengan orang politik. Itulah akibatnya bila Kerajaan Negeri gunakan Unisel sebagai tempat berpolitik,”ujar beliau lagi. - Malaysia Harini
mimr
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini