Sebagai sebuah parti yang sentiasa relevan, BN perlu berubah mengikut peredaran zaman dan tidak mungkin berjaya sekiranya rakyat tidak sokong, terpesong, keliru dan lebih buruk apabila percaya fitnah dan kepalsuan yang dilemparkan oleh pakatan haram.
Atas kesedaran itu, Pergerakan Pemuda Barisan Nasional bertindak mewujudkan kerjasama pintar di kalangan parti komponen BN dengan menubuhkan Pasukan Siber Pemuda BN (BNYCyberTeam) bagi menyelaraskan dan mengkoordinasikan gerakan siber BN untuk menghadapi PRU-13.
Penulis mempunyai harapan besar terhadap usaha ini agar penggerak dalam pasukan siber ini menolak kepentingan peribadi, perbalahan dan konflik peribadi kerana situasi itu sudah pasti memberi kelebihan kepada pakatan haram.
Semoga kerjasama pintar antara pengamal media sosial, media arus perdana dan kerajaan, ia akan memudahkan kerajaan mempertahankan kerajaan sedia ada dan menang besar pada PRU-13 nanti.
Semoga kerjasama pintar antara pengamal media sosial, media arus perdana dan kerajaan, ia akan memudahkan kerajaan mempertahankan kerajaan sedia ada dan menang besar pada PRU-13 nanti.
BNYCyberTeam akan dirasmikan oleh Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin pada esok (Rabu), 8 Ogos 2012 pada jam 12.30 tghari bertempat di Dewan Seri Endon, PWTC.
Ayuh kita sokong perjuangan ini untuk menentang kemungkaran pakatan haram!
Menepati janji itu antara sifat-sifat orang yang beriman, manakala memungkiri janji itu adalah sifat syaitan! Renungkanlah!
mimr
"Menepati janji itu antara sifat-sifat orang yang beriman, manakala memungkiri janji itu adalah sifat syaitan! Renungkanlah!"
ReplyDeleteAda benarnya kata-kata di atas!