Pages

Saturday, 4 August 2012

KECOH! UNISEL BATANG BERJUNTAI LUMPUH? PELAJAR MENGAMUK GARA-GARA TAK DAPAT MASUK HOSTEL!

Prof. Dr Anuar Ahmad yang menggantikan Datuk Dr. Rosti Saruwono dikatakan penyokong tegar Anwar Ibrahim dan  mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin pakatan haram di Selangor.
BATANG BERJUNTAI 4 Ogos - Hari ini menjadi detik sejarah buat negeri Selangor ekoran kebangkitan mahasiswa Universiti Selangor (UNISEL) yang sudah bosan dengan karenah pentadbiran dan pengurusan UNISEL yang dipengaruhi oleh politik pakatan haram.

Menurut sumber, satu demonstrasi dirancang oleh mahasiswa UNISEL bagi menyuarakan kekesalan mereka terhadap pengurusan pentadbiran universiti dan mendesak NC meletak jawatan.

Ini berpunca gara-gara kegagalan mahasiswa yang sepatutnya mendaftar hari ini untuk memasuki hostel Jana Niaga yang merupakan penempatan pelajar-pelajar UNISEL di batang berjuntai. Mereka gagal untuk mendapatkan kunci kerana pejabat pentadbiran hostel telah ditutup.

Mahasiswa yang datang dari jauh dan luar Selangor terpaksa menunggu tanpa sebarang notis dari pihak Jana Niaga mahupun dari pihak Universti Selangor sendiri.

Sumber memberitahu, penutupan hostel itu berpunca kerana pihak UNISEl gagal untuk membuat bayaran tunggakan sewa kepada Jana Niaga yang menguruskan hostel pelajar-pelajar UNISEL di batang berjuntai.

Yang menariknya, JANA NIAGA dikatakan milik salah seorang kroni pemimpin pakatan haram di Selangor?

Menurut sumber lagi, pihak pengurusan universiti masih gagal melunaskan tunggakan sewa sebanyak 17 bulan seperti yang dijanjikan oleh pihak UNISEL sendiri untuk melangsaikan baki tunggakan selepas kemasukan pelajar baru.

Jadi, cakap-cakap tentang UNISEL bakal bangkrap bukan retorik seperti yang dituduh oleh kerajaan Selangor terhadap BN Selangor.

Inilah akibatnya bila pentadbiran universiti dipolitikkan!

Penulis akan mendapatkan maklumat terkini tentang situasi di UNISEL Batang Berjuntai.

mimr


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini