Pages

Sunday, 5 August 2012

BAFIA - TIADA KOMPROMI DEDAH RAHSIA BANK!



Kuala Lumpur - Persatuan Bank-Bank Malaysia menegaskan kerahsiaan pelanggan adalah aspek paling asas dalam perhubungan antara bank dan pelanggan.

Ia juga menjadi tunggak utama kewibawaan dan keyakinan terhadap sistem perbankan, kata pengerusinya Datuk Seri Abdul Wahid Omar.

Justeru, beliau yang juga Presiden dan Ketua Eksekutif Maybank, berkata kerahsiaan pelanggan mesti dipelihara dan tidak boleh dikompromi sama sekali.

Seksyen 97 (1) Akta Bank dan Institusi Kewangan (BAFIA) 1989 jelas menegah seseorang pengarah atau pegawai mana-mana institusi kewangan berlesen atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada sebarang rekod memberi, mengeluar, mendedah atau menerbitkan kepada sesiapa sebarang maklumat atau dokumen berhubung akaun pelanggan tanpa kebenaran pelanggan terlebih dulu.

Katanya, bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia, bank langsung tidak bertolak- ansur sebarang kegiatan pelanggaran kerahsiaan perbankan.

“Kami tidak teragak-agak memecat serta-merta kakitangan didapati melanggar peruntukan berhubung kerahsiaan perbankan.” katanya dalam satu kenyataan semalam –
BH

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini