Pages

Thursday, 30 August 2012

#JANJIBERSIH TETAP BERDEGIL ANJUR DEMO MERDEKA!!!



Selepas gagal mendapatkan ‘lampu hijau’ daripada pihak polis, penganjur Himpunan Janji Bersih tetap berdegil mahu mengadakan dua sambutan kemerdekaan di dua lokasi berbeza dengan cara yang berlainan.

Penganjur perhimpunan Maria Chin Abdullah ketika ditemui pemberita selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Daerah semalam, berkata, pihaknya telah bersetuju akan mengadakan perhimpunan di Jalan Sultan dan di Dataran Merdeka seawal jam 10 malam dan akan bersurai selepas pukul 12 tengah malam.

“Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

Maria juga turut memberi jaminan perhimpunan itu akan diadakan dalam keadaan harmoni dan aman.

Menurut Maria, himpunan tersebut tetap akan diadakan walaupun pihak polis tidak memberikan kebenaran kepada pihaknya mengadakan sambutan Ambang Merdeka.

“Tetapi kami memberitahu polis bahawa kami cuba mengadakan sambutan menjelang detik 12 tengah malam, dan memberitahu polis bahawa tidak perlu ada kebenaran… sebab itu adalah hari sempena kemerdekaan… ini bukan perhimpunan, satu majlis sahaja,” kata beliau lagi.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad menegaskan tiada sebarang “lampu hijau” diberikan kepada penganjur “Himpunan Janji Bersih” yang akan diadakan pada 30 Ogos ini.

Katanya, pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang kebenaran kepada penganjur kerana Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2011 mensyaratkan penganjur memberi notis sepuluh hari sebelum perhimpunan diadakan kepada polis namun perkara itu gagal dilakukan oleh penganjur.

“Kalau menurut akta terbabit, penganjur sudah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita…jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. Cuma mereka berjanji kepada kita bahawa perhimpunan itu akan dilakukan secara aman,” katanya.

Menurutnya lagi, pada perhimpunan terbabit polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan. 

mimr

1 comment:

  1. boleh percaya ke cakap tu..bukannya kenal pun sapa yang berhimpun..jangan jadi bodoh..dalam tu sudah tentu ada samseng2 yang bersedia nak buat huru hara..bila dah bertaburan apa kau boleh kawal?..bila dah kecoh kau yang akan cabut dulu..

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini