Pages

Friday, 13 July 2012

PANAS! DAP TETAP DEGIL PERTAHAN TANDING 90 KERUSI PARLIMEN PADA PRU-13?



KUALA LUMPUR - Blog propembangkang, suarapakatanrakyat.com hari ini mempertahankan kenyataan bahawa DAP akan bertanding di 90 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Menurut penulis blog itu, dia mempunyai dokumen bagi menyokong maklumat tersebut seperti senarai calon pakatan pembangkang yang bakal bertanding dan akan memperkenalkan nama-nama terlibat secara berperingkat mulai esok.

Dakwanya, DAP mempunyai kelebihan kerana ada maklumat menunjukkan parti itu mampu menawan 100 peratus undi Cina dan 50 peratus undi India sebagai tambahan kepada undi Melayu daripada penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Selain itu, dakwanya, DAP wajar bertanding di 90 kerusi memandangkan ia merupakan sebuah parti berbilang kaum.

“Memang DAP dikuasai orang Cina, tapi itu berlaku secara kebetulan. UMNO saja yang memainkan propaganda bahawa DAP adalah sebuah parti Cina sedangkan hakikatnya ia adalah sebuah parti berbilang bangsa - layak mewakili semua kaum di Malaysia," kata blog itu.

Isnin lalu, Utusan Malaysia menyiarkan laporan blog itu mengenai hasrat DAP bertanding di 90 kerusi Parlimen, seterusnya menjadi parti paling dominan dalam pakatan pembangkang dan kemudian disokong dengan maklumat serupa oleh blog www.mykmu.net serta pisau.net.

Bagaimanapun pada hari sama, blog itu mendakwa akhbar ini memutarbelitkan maklumat tersebut kononnya dengan niat mahu menimbulkan kebencian penyokong pakatan pembangkang terhadap DAP.


mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini