Pages

Friday, 13 July 2012

CUBAAN BUNUH PM DI JPM! SIAPA INDIVIDU YANG DITAHAN REMAN POLIS SEMALAM?

Sekadar gambar hiasan.

SHAH ALAM - Seorang lelaki dipercayai individu yang membuat pengakuan terbuka akan sentiasa bersama Khalil Afandi Abd Hamid dalam 'perjuangan' lelaki yang ditembak mati oleh polis ketika mengamuk di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Putrajaya, Isnin lalu, ditahan reman bermula kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, lelaki 39 tahun itu akan ditahan sehingga Ahad untuk membantu siasatan kes berkenaan.

"Kita juga dapati, Khalil bertindak secara individu dan tidak ada kaitan dengan sebarang kumpulan ajaran sesat," kata Chin Wah ketika dihubungi Sinar Harian.

Akhbar ini semalam melaporkan perihal seorang lelaki yang namanya disebut berulang kali dalam laman blog dan Facebook milik Khalil sebagai orang kanan yang sentiasa bersama lelaki amuk itu dalam perjuangannya.

Malah, lelaki itu sendiri dalam salah satu blog Khalil mengaku secara terbuka dalam kenyataan yang dipaparkan bersama nombor kad pengenalannya bahawa mereka akan sentiasa bersama.

Mengikut catatan yang dipercayai dibuat Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan menawan negara dan dunia. - Sinar

mimr

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini