Pendedahan yang dibuat oleh akhbar Malaysia Harini pasti buat Anwar kecut telur. Lokasi rahsia bukti Anwar ada niat jahat pada negara. |
Anwar pasti gelabah dek pendedahan akhbar Malaysia Harini. Anwar didakwa menjadikan Utan Kayu, Jakarta Timur, Indonesia sebagai lokasi merekrut barisan muda untuk dijadikan 'gerila' sebagai persiapan menentang kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dikenali sebagai Komunitas Utan Kayu, sememangnya agak asing dan tidak dikenali, namun bagi Anwar yang mempunyai 'rakan seperguruan' dengan agenda beliau, kawasan itu adalah tempat pujaan bagi melahirkan 'gerila' buatannya dalam memastikan cita-cita peribadinya tercapai.
Menurut Malaysia Harini, modus operandi Anwar adalah membawa masuk barisan muda itu dan memastikan mereka belajar selok-belok cara berkomunikasi, berucap, berdebat, menulis, berdepan masyarakat dan pelbagai lagi skop untuk dipelajari supaya mudah menjadi 'perisik' atau 'agen' apabila diterima bertugas di perkhidmatan awam.
Oleh itu, penulis tidak pelik mengapa banyak sangat rahsia kerajaan diperolehi oleh Anwar. Dikatakan ada sebilangan besar kakitangan awam pernah mendapat pendidikan di Utan Kayu. Semua ini dibuat untuk kepentingan Anwar.
Dapatkan naskah Akhbar Geopolitik Nasional, Malaysia Harini di pasaran!

mimr