PANAS! KENAPA ANWAR MENGAMUK MALAM TADI DI PEJABAT PKR?

Thursday 28 June 20121comments

Ingat! Anwar sudah terdesak! Orang yang terdesak sanggup lakukan apa sahaja  untuk memenuhi cita-cita apatah lagi ini adalah peluang terakhirnya untuk jadi PM. 

Menurut sumber dalaman PKR, Anwar telah mengamuk di Pejabat PKR semalam ekoran kenyataan Rafizi yang mengugut Dato' Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negera dalam sidang akhbar semalam.

Rafizi telah mengugut Dato' Murad supaya tidak meneruskan usaha membongkarkan akaun 3 billion hasil rasuah Anwar ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jika pembongkarang Dato' Murad diteruskan, Rafizi juga mengugut akan membuat pendedahan yang akan mengaibkan Dato' Murad dan keluarga.

Anwar sudah tentu gelabah dengan kenyataan yang dibuat Rafizi lembu itu. Ini berikutan, menurut sumber, Anwar telah diberi amaran oleh beberapa orang kenamaan yang dikatakan turut terlibat dalam akaun 3 billion yang dikatakan milik Anwar itu.

Akuan 3 billion itu dikatakan telah diagihkan kepada 20 akaun induk atas nama beberapa orang kenamaan dan syarikat ternama dalam dan luar negara. Sudah tentu bila kita bercakap dengan jumlah wang yang banyak, pasti melibatkan ramai individu.

Menurut sumber, Rafizi sepatutnya tidak membuat ugutan itu sebaliknya berjumpa sendiri dengan Dato' Murad dengan memujuknya dan ikut sahaja kehendak beliau supaya tidak meneruskan pendedahan itu. Itu lah cadangan oleh beberapa orang kenamaan kepada Anwar.

Anwar yang semakin 'panik' tahu bahawa kes akuan 3 billion ini tidak semudah seperti kes liwatnya yang boleh dimanupulasi buktinya.

Ini kerana setiap aliran wang sudah direkodkan! Apatah lagi pihak Bank Negera sudah sedia untuk mendedahkan aliran wang haram itu.

Kebanyakkan orang yang terlibat dan saksi sudah dijaga oleh beberapa individu yang nekad menyokong pendedahan akaun 3 billion itu. Ini termasuk beberapa teman rapat Anwar!

Keresahan Anwar bermula dengan pendedahan oleh Ummi Hafilda yang mendedahkan seorang wanita bernama Zaliah Zakaria bekas pemilik Kelab Lumba Kuda di Pulau Pinang yang dikatakan antara individu yang menjaga wang haram Anwar.

Walaupun Zaliah Zakaria tampil membuat penafian, segala bukti telah diserahkan kepada SPRM dan PDRM oleh Ummi Hafilda untuk menyiasat dakwaan itu.

Penulis kasihan melihat Rafizi lembu yang berusaha bermati-matian untuk mencari bukti bagi menyangkal dakwaan yang kononnya fitnah terhadap Anwar.

Wahai Rafizi lembu! Anda telah ditipu bulat-bulat sebenarnya oleh Anwar Ibrahim!

Usaha anda mencari bukti yang kononnya Anwar difitnah hanya akan membawa anda kepada kebenaran siapa sebenarnya Anwar Ibrahim! Percayalah kata penulis!

mimr





Share this article :

+ comments + 1 comments

28 June 2012 at 09:49

Macam best je isu 'akaun 3 billion ni'

Post a Comment
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger