KENAPA KHALID SAMAD WAJIB DIBENCI?

Tuesday, 12 June 20120 comments


Penulis ingin melontarkan soalan kepada pembaca sekalian. Kenapa Khalid Samad wajib dibenci?

Khalid Samad yang terkenal dengan aksi tindakannya pro kepada gerakan 'kristianisasi' di Malaysia adalah manusia yang tidak kenal budi dan tidak boleh dipercayai.

Sebelum PRU12, rata-rata rakyat Malaysia tidak mengenali manusia bernama Khalid Samad. Dia pun bukan penduduk asal Selangor.

Dengan bantuan Persuruhjaya PAS Selangor ketika itu, Datuk Dr. Hassan Ali telah berkemben habis-habisan di Shah Alam bagi memastikan kemenangan Khalid Samad di parlimen Shah Alam.

Dengan sedikit bantuan ahli UMNO yang boikit Datuk Aziz Shamsuddin, Khalid Samad telah menang kerusi parlimen Shah Alam yang merupakan kubu kuat Barisan Nasional (BN) suatu ketika dahulu.

Selepas kemenangannya di parlimen Shah Alam, Khalid Samad menjadi bongkak dan sombong. Bermula dengan sikapnya yang tidak turun padang menyelesaikan kebajikan penduduk di Shah Alam, Khalid Samad telah mengkhianati Dr. Hassan Ali, watak utama yang memenangkan dia di Shah Alam.

Kerana tamakkan kuasa, isu serbuan DUMC dan kes rampasan arak di Seksyen 8, Shah Alam dijadikan modal pertama oleh Khalid Samad untuk tendang Dr. Hassan Ali dari pimpinan PAS Selangor.

Justeru itu, warga Shah Alam wajib menilai perwatakan dan sikap 'anjing makan tuan' Khalid Samad ini. Sedangkan tuan pun digigitnya, apakan lagi kita rakyat jelata.






Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger