KECOH KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK DI CHERAS! MENTERI KDN TERLIBAT?

Sunday, 24 June 20120 comments

Program 'Twitup YB Dato Seri Hishamuddin' merupakan program luar biasa kerana melibatkan anggota VAT69 dan UTK.

Panas! Semalam memberi kenangan tidak terhingga dan pengalaman hebat buat 200 orang peserta program 'Twitup YB Dato' Seri Hishammuddin'.

Mana tidaknya, mereka telah diberi peluang untuk menembak di Lapang Sasar Briged Tengah menggunakan pistol semi auto yang digunakan oleh anggota Unit Tindakan Khas (UTK)PDRM.

Peluang keemasan itu tidak dilepaskan oleh para peserta program yang rata-rata belum ada pengalaman menembak menggunakan pistol semi auto.


Ketua Polis Negara turut menunjukkan kehebatan menggunakan raifal sniper menembak ke sasaran yang berada 120 ela.

Sebelum acara menembak dimulakan, para peserta telah diberikan taklimat khas oleh pegawai UTK bertugas tentang ciri-ciri keselamatan ketika menggunakan senjata api.

Peserta yang teruja telah dibahagikan kepada dua kumpulan dan dua lapang sasar sambil setiap peserta yang mengambil bahagian diawasi oleh pemerhati (pengasuh) yang merupakan anggota VAT69 dan UTK.

Selepas arahan menembak oleh pegawai lapangan, suasana menjadi gegak gempita dengan peserta melepaskan tembakan ke arah papan sasaran yang berada 15 meter dari lokasi menembak.

Acara menembak dan demonstrasi senjata oleh komando VAT69 dan UTK memberi pengalaman luar biasa kepada pengikut setia Twitter YB Dato' Seri Hishamuddin.

YB Dato memberi ucapan dan penerangan sambil bersuai kenal dengan para peserta program.
Sebelum itu, para peserta turut diberi peluang bersuai kenal secara santai bersama YB Dato Seri Hishamuddin. YB Dato turut menyampaikan ucapan dan penerangan berkenaan isu-isu semasa.

Para peserta juga berkesempatan bersoal jawab bersama YB Dato berkenaan pelbagai isu.


Para peserta program sedang menikmati makan tengahari sambil ada sebahagian mereka mengambil kesempatan menembak di lapang sasar.

Progrom 'Twitup' yang mencipta sejarah itu diakhiri dengan makan tengahari bersama YB Dato dan pemimpin-peminpin tertinggi VAT69, UTK dan PDRM.


Para peserta mengambil kesempatan mendapatkan tanda tangan YB Dato sebagai kenang-kenangan.

Tahniah YB Dato' Seri Hishamuddin! Program yang luar biasa!


mimr

Share this article :
 
Support : S.A.R
Copyright © 2012. SHAH ALAM REBELS - All Rights Reserved
Proudly powered by Blogger