Pages

Friday, 6 October 2017

TERKINI! PATUTKAH KHALID SAMAD DIPILIH SEMULA?


Khalid Samad baru-baru ini menyatakan keyakinan mampu mengekalkan kemenangannya di Parlimen Shah Alam dalam PRU-14 ini.

Tak tahulah dia ni bermimpi di siang hari atau sekadar ingin menyedapkan hatinya sendiri.

Hakikatnya dia sendiri tahu kemenangannya sebelum ini dibantu oleh jentera dan sokongan daripada ahli-ahli PAS.

Pada masa yang sama, PAS pula yakin mampu merampas kembali kerusi ini yang dilarikan oleh Khalid Samad untuk menyertai PAN.

Atas kertas, kedudukan Khalid Samad sebenarnya amat goyah rentetan pelbagai isu yang menyelubungi dirinya selama ini.

Antara isu-isu tersebut ialah :-

i. Menyokong pembesaran operasi kilang Carlsberg di Seksyen 15

ii. Mengabaikan bantahan penduduk berhubung pembinaan sebuah kuil di Seksyen 23

iii. Mempromosikan program sebuah gereja di Sibu

iv. Menggesa Enakmen Pentadbiran Udang-undang Islam (No.3, 1952) dan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2013 dikaji semula

v. Menyokong pemberian tanah wakaf untuk pembinaan sebuah dewan orang ramai milik sebuah persatuan Cina di Batu Tiga

vi. Mempersoalkan kedudukan dan kuasa eksekutif Sultan Selangor dalam Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

vii. Melanggar perintah Sultan Selangor yang dikeluarkan melalui MAIS dengan menyampaikan kuliah agama tanpa tauliah di Kapar

viii. Mengingatkan orang Kristian supaya tidak takut menggunakan kalimah Allah sebagai terjemahan bagi God

ix. Melabelkan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) sebagai lapuk.

x. Menyokong DAP dalam bantahan ke atas cadangan pindaan RUU355 Akta Mahkamah Syariah.

Bagaimanapun, ini hanyalah beberapa contoh perbuatan atau tindakan yang dilakukan oleh Khalid Samad atas kapasitinya sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.

Masih banyak lagi contoh perbuatan atau tindakannya yang akan kami bongkar selepas ini, satu per satu, sebagai peringatan kepada orang-orang Islam di Shah Alam agar tidak memilihnya sekali lagi. Cukup-cukuplah.

Sebelum itu, kami tinggalkan persoalan di atas kepada anda. Masih layakkah Khalid Samad diangkat semula sebagai Ahli Parlimen Shah Alam?


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini