Admin terima inbox menyatakan rumah-rumah bekas staff hospital kajang bakal dirobohkan.
Dimaklumkan pejabat Tanah telah pun menyerahkan surat menyatakan ia akan dirobohkan pada bila-bila masa dan difahamkan akan dirobohkan dalam masa terdekat ini.
Tidak dinafikan setahun yang lalu mereka telah menerima surat makluman ini. Tetapi mereka telah dijanjikan penempatan baru.
Namun ia hanya indah khabar dan rupa kerana janji hanya tinggal janji. Seteruk mana kerajaan Persekutuan, tidak pula mereka zalim seperti kerajaan DAP SELANGOR SEKARANG. Masih ada tolak ansur dan budi bicara.
Sekali lagi admin ingin bertanya, dimana kebajikan yang dilaungkan selama ini? Duit berbilion tidak tahu nak buat apa. Apa lagi yang bakal Kerajaan DAP Selangor akan lakukan selepas ini?
Oh ya... kawasan siapa wakil rakyat di kajang ini? Terlupa pula admin orangnya macam mana?
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini