Pages

Wednesday, 11 October 2017

TERKINI! INI PUNCA KENAPA AZMIN TIDAK BERANI TANDATANGAN IBR?


Bila kami bangsatkan Azmin Ali, ramai yang marah dan kecam kami. Apa boleh buat, kami terpaksa mengaku Azmin mempunyai sejumlah pengikut yang taksub dan melihat dirinya umpama malaikat yang maksum dari segala dosa dan kesilapan. Tahniah diucapkan kepada Menteri Besar Selangor itew.

Kali ini kami akan dedahkan satu lagi bukti kebangsatan Azmin Ali dan kerajaannya. Ia berkenaan Ikrar Bebas Rasuah. Sebelum itu, pada 11 Julai yang lalu, kami telah menulis panjang lebar bagi mempersoalkan keengganan Azmin Ali menandatangani IBR. Beberapa kes kami tampilkan sebagai rujukan dalam tulisan tersebut yang turut diulangsiarkan oleh pelbagai pihak termasuk portal TV14.

Selama ini Azmin terlalu sombong untuk mengakui hakikat bahawa pentadbirannya juga tidak dapat lari daripada gejala rasuah dan penyelewengan. Azmin seolah-olah tutup mata terhadap kes-kes yang dibangkitkan atau didedahkan oleh pelbagai pihak. Tatkala itu juga, senarainya menjadi semakin panjang. Kami hanya akan sebut secara sepintas lalu sahaja di sini sebagai revisi anda. Antaranya :-

i. Rasuah seks dan wanita yang didedahkan oleh Rafizi Ramli

ii. RM30,000 ditemui dalam kereta bekas Ahli Parlimen Kapar

iii. Kekayaan luar biasa YB Zuraida (Ahli Parlimen Ampang)

iv. Bango Disneyland Ampang milik Adam Rosly (bekas Pegawai Khas YB Zuraida)

v. Penukaran status tanah Paya Indah Wetland

vi. Skandal pintu gerbang Kota Darul Ehsan

vii. Skandal penukaran kubah masjid negeri

viii. Skandal pembalakan

ix. Kemewahan pegawai kerajaan negeri bernama Muhammad Hilman

x. Duit raya untuk kumpulan Otai Reformis (Jamil Kucing)

xi. Skandal YAWAS

xii. Skandal SMUE

xiii. Skandal MBI- UNISEL- Jana Niaga

xiv. Skandal pembelian tanah di Ijok

Tahukah anda, ketika menjawab pertanyaan bertulis yang dikemukakan oleh YB Dato’ Haji Amiruddin Setro (ADUN Jeram) berhubung isu ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor dalam Sesi Pertama Sidang DUN 2017 yang lalu, Azmin secara jelas menyatakan bahawa beliau komited untuk menandatangani IBR bersama SPRM?

Ya, itulah jawapan Azmin Ali kepada Dato’ Amiruddin. Malangnya, skrip jawapan ini tidak berlegar di media sosial dan rakyat Selangor sendiri tidak dimaklumkan akan hal ini. Mereka (rakyat) juga tidak diberikan penjelasan berhubung keengganan (ketakutan?) Azmin menandatangani IBR meskipun bos SPRM, Tan Sri Zulkifli beberapa kali meluahkan kekecewaannya secara terbuka.

Apa-apa pun kami percaya, sampai bila-bila pun Azmin tak akan tandatangan IBR ini. Azmin takut kepada bayang-bayangnya sendiri. Azmin fikir isu-isu rasuah dan ketirisan dalam pentadbiran kerajaan negerinya tidak akan berubah menjadi persepsi kekal kerana dia boleh berlakon sebagai malaikat untuk terus mengaburi mata rakyat Selangor dari masa ke masa. Itu jauh lebih penting.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini