Pages

Friday, 20 October 2017

TERKINI! DOSA-DOSA KHALID SAMAD SIRI 1

PERINGATAN KEPADA UMAT ISLAM DI SHAH ALAM

Pada 27hb Mac 2008, Khalid Samad dilaporkan telah berkunjung ke Gereja Divine Mercy di Shah Alam dan menyampaikan satu ucapan yang mengejutkan banyak pihak hanya beberapa hari selepas dipilih sebagai ahli parlimen di ibu negeri Selangor itu.

Dalam ucapannya itu, Khalid Samad secara terbuka menyeru dan mengingatkan masyarakat Kristian khususnya pihak gereja sendiri agar tidak takut untuk menggunakan kalimah ALLAH sebagai terjemahan kepada perkataan GOD dalam kitab-kitab Bible versi Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.

Khalid turut mengucapkan terima kasih kepada para hadirin di majlis tersebut kerana menyokong beliau sebagai ahli parlimen dan menganggap kejayaan pakatan pembangkang merampas Selangor sebagai kemenangan milik semua pihak termasuk gereja.

Sokongan Khalid ini secara tidak langsung telah menyuntik semangat kepada orang bukan Islam untuk mencabar pelbagai hak dan perkara berkaitan agama Islam yang telah termaktub dalam perlembagaan negara.

Antara perkara tersebut termasuklah larangan penggunaan kalimah-kalimah suci seperti kalimah Allah yang telah digazetkan sebagai hak milik eksklusif orang Islam di Malaysia dan tidak boleh digunakan oleh agama lain secara sewenang-wenangnya.

Tujuan penggazetan ini tidak lain hanyalah untuk melindungi kesucian agama Islam daripada dicemari oleh pihak-pihak tertentu yang sudah lama bercita-cita menjatuhkan Islam di Malaysia.

Adakah Khalid turut menyokong perjuangan Interfaith Commission yang antara lain, dalam Tuntutan No.9 mereka menyebut, _*“Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.”*_

Sehingga ke hari ini Khalid Samad tidak pernah tampil memohon maaf kepada orang Islam atas keterlanjuran ucapannya itu. Malah, bersama-sama parti baharunya iaitu PAN, Khalid semakin berani mencabar pelbagai perkara seperti pindaan RUU355 dan hal ehwal pentadbiran agama Islam oleh jabatan-jabatan agama Islam khususnya di Selangor.

Adakah anda juga akan terus bersubahat dengan Khalid Samad dengan memilihnya sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Shah Alam dalam PRU-14 nanti? Tepuk dada, tanyalah iman.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini