Manikavasagam A/L Sudram iaitu Penyelaras DUN Bukit Melawati (N10) yg juga Ketua Cabang PKR Kuala Selangor telah ditangkap SPRM hari ini (15.06.2016) setelah mengambil rasuah bernilai RM30,000.00 (tunai) dari seorang Kontraktor Klas G3 sebagai imbuhan Sykt tersebut mendapat Tender (Peruntukkan Marris) bernilai hampir RM1juta.
SPRM telah mengesahkan penangkapan tersebut selepas membuat intipan selama 4 bulan berikutan terdapat banyak aduan rasmi yg diterima berkaitan penyalahgunaan kuasa beliau sebagai Penyelaras Dun, Ketua Cabang dan Pengerusi Biro Aduan PKR.
Sumber SPRM memaklumkan penyiasatan berkaitan salahlaku Manikavasagam telah dimulakan sejak beliau menjadi Ahli Parlimen Kapar iaitu memperdayakan OKU dengan mengeluarkan semua caruman OKU tersebut di KWSP dengan jumlag lebih RM60,000 dan 8 kes lagi yang sedang dalam siasatan SPRM sehinggalah tertangkapnya Manikasagam pada hari ini.
Beliau akan direman beberapa hari bagi menjalani siasatan terhadap semua aduan rasmi yg di terima oleh pihak SPRM.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini