1. Kelulusan terhadap Akta Majlis Keselamatan Negara bukan satu perkara yang luar biasa kerana situasi sama pernah berlaku sebelum ini pada tahun 1983 dan tahun 1992 dalam meluluskan pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan.
2. Menurut Perkara 66 Fasal (3) sesuatu Rang Undang-undang yang telah diluluskan oleh Majlis Parlimen (Dewan Rakyat) maka Rang Undang-Undang itu perlu dibawa ke Majlis Parlimen satu lagi iaitu Dewan Negara untuk diluluskan. Kemudian hendaklah dikemukakan kepada Yang Di Pertuan Agong untuk di perkenan olehnya. Menurut Fasal (4A) jika sesuatu Rang Undang-Undang itu tidak diperkenankan oleh YDPA dalam masa 30 hari, Rang Undang-undang itu hendaklah menjadi Undang-Undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal 4 mengikut cara sama seolah-olah ia telah diperkenankan.
3. Ini adalah proses biasa bagi negara kita yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Pindaan terhadap Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan ini telah dibawa melalui usul oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad pada 1 Ogos 1983 di Dewan Rakyat dan telah diluluskan.
DATO’ SRI AZALINA OTHMAN SAID
13 JUN 2016
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini