Sejak tiga hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar berlangsung, polis daerah ini menerima empat laporan kes berkaitan kempen tersebut.
Pegawai Perhubungan Media PRK Sungai Besar, Asisten Komisioner Khalil Arifin berkata, dalam kes terbaharu pukul 4.10 pagi tadi, sebuah bilik gerakan UMNO Cawangan Parit 10, Sungai Panjang dilaporkan terbakar.
“Dalam laporan itu, pengadu memberitahu telah ke bilik gerakan itu dan terperanjat mendapati beberapa bendera Barisan Nasional (BN) telah dibakar dalam bilik tersebut dan sebahagian dinding bilik turut terbakar, “ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Ujar beliau, setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan.
Tambahnya selain kes terbaharu itu, tiga lagi kes ialah kecurian, khianat dan kesalahan berkaitan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM).
Begitupun, kata Khalil, setakat ini keadaan semasa PRK adalah tenang dan terkawal.
“Polis mengingatkan semua pihak mematuhi peraturan dan tidak melakukan kesalahan seperti merosakkan harta awam dan melakukan khianat kepada pihak lain,” katanya - Utusan
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini