Tindakan DAP meletakkan calon Melayu pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan merupakan tindakan ‘hiasan luaran’ parti itu bagi mengaburi mata orang Melayu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.
Beliau berkata tidak mustahil ramai orang Melayu akan menyokong calon DAP itu kerana sejarah telah membuktikan bahawa orang Melayu mudah tertipu dengan tindakan seperti itu.
“Tindakan itu hanya hiasan luaran sahaja tiada harapan apa-apa (diletakkan kepada calon itu), kalau dia (calon itu) menang dia menanglah,” katanya.
Terdahulu, beliau berucap pada program Chancellor’s Talk di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron dan Naib Canselor UTeM Profesor Datuk Dr Ahmad Yusoff Hassan.
PRK Parlimen Teluk Intan menyaksikan DAP meletakkan Dyana Sofya Mohd Daud sebagai calonnya menentang calon Barisan Nasional (BN) yang juga Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong.
Dr. Mahathir turut meluahkan kekecewaan apabila calon yang diletakkan DAP itu datang daripada keluarga yang menyokong perjuangan UMNO sejak sekian lama.
“Kalau datang daripada keluarga pembangkang tak jadi apa pasal sejak kecil diajar benci UMNO… kalau anak orang UMNO depa tak cakap kat anak depa pasal apa UMNO ni ada sejarah UMNO semua, jadi bila dia besar dia bebaslah nak buat apa sahaja,” katanya. – Bernama

No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini