Seorang exco Selangor didakwa tidak membayar harga dua buah lukisan yang dibeli daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said.
Dua buah lukisan itu dikatakan dibeli untuk dihadiahkan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
"Saya katakan kepada exco itu kalau mahu lukisan saya perlulah dibayar kerana itu sumber rezeki saya.
"Jadi dia tanya saya berapa harga lukisan itu? Saya katakan harga sekeping lukisan saya biarpun tidak cantik RM8 ribu," kata Samad semasa menyampaikan ucapan ringkas di majlis pelancaran novel Sungai Mengalir Lesu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), Selasa.
Pada awalnya, pendedahan mengenai perbuatan exco Selangor menganiaya Sasterawan Negara itu didedahkan oleh pemenang anugerah sastera, Uthaya Sangkar SB ketika mengulas mengenai novel Sungai Mengalir Lesu.
Novel Sungai Mengalir Lesu yang diulang cetak kali keempat dilancarkan dengan rasminya, Selasa.
Selain Uthaya, Senator Dr Syed Husin Ali turut menjadi pengulas novel yang diterbitkan kembali oleh Wira Bukit Sdn Bhd dengan kerjasama Gabungan Bertindak Malaysia (GBM). - Pilihanrayakini
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini