Pages

Monday, 17 March 2014

[TERKINI] #PRKKajang: PKR HINA, KOMANDER US PUJI MALAYSIA


Jurucakap Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat, Komander William Marks memuji usaha Malaysia dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MAS MH370.

Menurutnya, kerajaan Malaysia sangat profesional sepanjang mengetuai operasi mengesan pesawat tersebut, walaupun beberapa media antarabangsa termasuk CNN, sebelum ini, mengkritik cara Malaysia mengendalikan misi itu.

“Mereka (Malaysia) telah melakukan apa yang saya panggil satu kerja yang luar biasa. Ia seperti papan catur besar di luar sana. Ia benar-benar seperti kepingan catur yang bergerak merata dan ianya 3-D. Anda mempunyai tiga dimensi, anda mempunyai ruang air dan ruang udara.

“Jika anda tidak melakukan kerja itu dengan baik, kemungkinan besar boleh berlaku kemalangan. Saya memberi banyak kredit kepada kerajaan Malaysia. Mereka mempunyai rancangan yang sangat teratur.

“Mereka berjaya mengkoordinasi semua aset-aset ini dari semua negara-negara yang terlibat, mereka membuat tugasan dan mereka sangat cekap, sangat profesional,” katanya seperti dipetik dari akhbar antarabangsa, The New York Times.

Kenyataan Williams itu menepis tohmahan pelbagai pihak termasuk media di negara ini yang cuba menimbulkan kesangsian terhadap cara kerajaan menanggani kejadian kehilangan pesawat.

Malah dakwaan beberapa pemimpin parti politik termasuk terbaru dari Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kerajaan Malaysia tidak berupaya mengendalikan misi mencari pesawat MH370 sehingga terpaksa menggunakan khidmat bomoh, memburukkan lagi keadaan.

Kerajaan Malaysia, sebelum ini, melalui kenyataan rasmi menafikan bahawa mereka telah bertindak memanggil atau menggunakan khidmat ‘bomoh’ bagi membantu misi mencari dan menyelamat pesawat itu.

Kenyataan Dr Wan Azizah itu menimbulkan rasa kurang senang banyak pihak dan menganggap kenyataan tersebut berniat jahat dan memburukkan imej kerajaan lebih-lebih lagi Presiden PKR itu bertanding pada Pilihanraya Kecil (PRK) DUN Kajang. - Selangor Press

1 comment:

  1. PKR hantar bomoh bodoh untuk buat kerja bodoh lepas itu salahkan Kerajaan...tak mengherankan kerana bos mereka Anwar Aldubur meliwat Saiful lepas itu Kerajaan dipersalahkan di atas perbuatan nya tersebut....

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini