Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang bakal mencatat sejarah hitam dalam hidup peniaga pasar malam di Sungai Sekamat, Kajang.
Ini kerana mereka di arah supaya mengosongkan dan tidak lagi dibenarkan berniaga di kawasan itu. Alasannya kawasan itu tidak lagi sesuai untuk aktiviti pasar malam kerana mengganggu lalu lintas ekoran kewujudan taman perumahan baru di kawasan itu.
Lebih malang, notis arahan yang diterima peniaga memberitahu supaya peniaga mengosongkan kawasan itu serta merta mulai hari ini.
Tindakan itu terlalu kejam dan tidak berhati perut. Sepatutnya pihak berkuasa dan kerajaan negeri perlulah memikirkan suatu kawasan lain untuk peniaga ini meneruskan perniagaan mereka.
Mana slogan 'Negeri Berkebajikan' yang menjadi kebanggaan kerajaan pakatan rakyat Selangor?
Adakah disebabkan rata-rata peniaganya adalah Melayu, lalu pihak berkuasa mahu menutup periuk nasi mereka? Atau ada arahan pihak tertentu kerana kebanyakkan peniaga itu adalah penyokong parti UMNO?
Kerajaan Selangor kejam!


No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini