Tindakan Adun Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong yang cuba campur tangan dalam isu seorang guru yang didakwa menumbuk Timbalan Menteri Pendidikan II,YB P. Kamalanathan sengaja dibangkitkan dan berniat jahat.
Sedangkan, si pelaku dan mangsa telah bersetuju supaya perkara itu tidak dipanjangkan dan diselesaikan secara harmoni.
Malangnya, Kee Hiong seolah-olah cuba menjadi batu api apabila mempersoalkan parti MIC kenapa berdiam diri terhadap kejadian tersebut. Kononnya MIC perlu bertegas dalam perkara itu.
Mungkin Kee Hiong menyangka si pelaku adalah dari kalangan ahli UMNO seperti digembar-gemburkan di laman media sosial. Jadi mungkin ini adalah peluang untuknya bagi mencetuskan ketegangan di antara parti UMNO dan MIC di Hulu Selangor.
Kenapa isu yang sudah selesai sengaja mahu ditimbulkan semula? Bagaimana pula isu seorang guru dipaksa menanggalkan tudung ketika mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Nan Ya, Teluk Sengat tempoh hari.
Kenapa Kee Hiong tidak berani mengulas kejadian itu? Adakah disebabkan kejadian itu berlaku di sekolah cina. Jadi perkara itu tidak mahu dipanjangkan?
Kee Hiong yang juga Pengarah Pendidikan Politik Dap Selangor sepatutnya insaf dan tidak mengamalkan sikap ‘double standard’.
Janganlah sibuk menyelak kain orang , sedangkan kain sendiri terlondeh-londeh.
Selanjutnya, sila [klik sini]
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini