Pages

Monday, 23 December 2013

[TERKINI] KONTOI! UPACARA SULIT GUNA KALIMAH ALLAH


Larangan penggunaan kalimah Allah jelas masih tidak dipatuhi penganut bukan Islam terutamanya apabila baru-baru ini sebuah badan keagamaan bukan Islam dikesan menggunakan kalimah itu dalam majlis keagamaan mereka di salah sebuah hotel semalam.

Dalam majlis tertutup yang dihadiri kira-kira 200 orang itu, penganjur dilihat meletakkan kalimah tersebut pada latar belakang pentas di dalam sebuah dewan hotel tersebut yang tertera dengan perkataan International Full Gospel Fellowship Keluarga Allah Satelit Nilai dan Satelit Puchong, 'Dari dalam gelap akan terbit terang'.

Walau bagaimanapun dipetik dari Utusan Malaysia, didapati penganjur meletakkan notis berbeza di luar dewan berkenaan yang tertera sebagai satu sambutan perayaan anjuran sebuah pertubuhan agama yang mewakili masyarakat bukan Islam di Selangor dan Nilai.

Majlis keagamaan yang berlangsung kira-kira pukul 1 hingga 6 petang difahamkan turut diselitkan nyanyian-nyanyian berunsurkan memuji agama bukan Islam termasuk menyebut kalimah Allah di dalam liriknya selain menyebut di dalam ucapan.

Penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam bagi negeri Selangor adalah dilarang selaras dengan peruntukan Enakmen Ugama Bukan Islam Negeri Selangor (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988, yang digubal selaras dengan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan bertujuan menjamin kesucian agama dan umat Islam daripada dipengaruhi oleh doktrin atau ajaran agama lain.

Malah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menerusi satu titah khas yang dikemukakan Setiausaha Dewan Diraja Selangor, Hanafisah Jais pada 14 November lalu menitahkan rakyat Selangor khususnya tanpa mengira kaum serta latar belakang agama supaya akur dan patuh terhadap larangan pengunaan kalimah Allah oleh mereka yang bukan beragama Islam.

Baginda dalam kenyataannya itu juga, mahu semua rakyat mematuhi larangan tersebut seperti yang telah tertakluk di bawah Seksyen 9, Bahagian 1 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988.

Menurut baginda, enakmen tersebut adalah terpakai kepada semua rakyat Selangor sama ada mereka beragama Islam atau bukan Islam.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini