Pages

Wednesday, 18 December 2013

[TERKINI] CUKAI PINTU: PR SENGAJA PERBODOH DAN KELIRUKAN RAKYAT - KU NAN


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata pihak pembangkang sengaja mencetuskan kekeliruan kepada masyarakat umum berhubung kenaikan cukai taksiran pintu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Malah, beliau menegaskan tidak ada kenaikan seperti yang digembar-gemburkan pakatan pembangkang sebelum ini, sebaliknya pelaksanaan kadar baharu cukai berkenaan akan dibuat berdasarkan kadar sewaan dan bukan mengikut nilai hartanah kerana ia lebih adil selain memberi kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata tindakan itu juga memberi keuntungan kepada rakyat kerana cukai pintu akan ditaksir berdasarkan nilai sebenar hartanah.

"Semalam pun Datuk Bandar dah terima macam-macam, kena caci untuk minta letak jawatan. Ini semua kerja tak berfaedah. Kita lakukan untuk kebaikan rakyat.

"Dah berkali-kali saya sebut, tidak ada kenaikan kadar cukai taksiran, sebaliknya adalah nilai hartanah.Itu baik untuk rakyat dan juga sektor komersial," katanya pada sidang media selepas merasmikan 'Park N Ride' Bandar Tasik Selatan, di sini hari ini.

Mengulas lanjut protes yang diadakan pakatan pembangkang semalam, Adnan berkata setakat ini mereka hanya menerima sebanyak 80,000 surat bantahan daripada 570,000 pemilik hartanah di bandaraya ini.

Bagaimanapun, Adnan berkata pihaknya kini masih belum menetapkan berapa kadar cukai taksiran yang akan dikenakan kelak.

"Setakat yang saya terima hingga pagi tadi, daripada 570,000 pemilik hartanah, kita terima lebih kurang 80,000 yang membuat bantahan. Semua kandungannya serupa, sebab tak faham konsep perlaksaan ini.

"Mereka ingat daripada RM40,000 nilai hartanah naik kepada RM100,000, mereka kena bayar RM100,000. Bukan begitu. Sama ada 6 peratus, 4 peratus atau 3 peratus, saya belum putuskan lagi. Tunggu saya putuskanlah," katanya lagi.

Selain itu, Adnan juga menyifatkan desakan supaya Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib meletak jawatan adalah sebagai keterlaluan.

Semalam, kira-kira 300 warga kota menyertai bantahan kenaikan cukai taksiran pintu di perkarangan Dewan Bandar Kuala Lumpur (DBKL) yang dianjurkan pembangkang. 

Ia turut disertai beberapa pimpinan Pakatan Rakyat (Pakatan) bagi mendesak Ahmad Phesal untuk meletak jawatan ekoran gagal menangani kenaikan tersebut.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah yang juga merupakan Naib Presiden PKR mendesak Ahmad Phesal untuk menarik semula kenaikan cukai tersebut yang terlalu tinggi.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini