Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, YB Ganabathirau a/l Veraman yang juga Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Selangor akhirnya mengaku bahawa kerajaan negeri tidak bertanggungjawab untuk membina rumah untuk pekerja-pekerja ladang di Selangor seperti yang dijanjikan sebelum ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan di Sidang Dun Selangor sebentar tadi.
Kenyataan itu membuktikan bahawa kerajaan negeri berbohong kepada pekerja ladang.
Ini kerana, Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dalam kempen pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) yang lalu, menabur janji kononnya PR akan membela kebajikan dan berusaha membina penempatan yang lebih tersusun kepada pekerja-pekerja ladang jika PR terus diberi mandat memerintah negeri Selangor.
Pemimpin itu turut meracuni fikiran pekerja ladang kononnya kehidupan susah mereka disebabkan kerajaan pusat tidak mengambil berat tentang kebajikan pekerja ladang.
Sekarang apa sudah jadi? Rupa-rupanya kerajaan Selangor yang dikuasai oleh pakatan rakyat hanya menipu pekerja-pekerja ladang.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini