Realitinya, masalah lambakan sampah sarap di Selangor terus menghantui kerajaan negeri. Walaupun pelbagai usaha dan langkah-langkah dibuat, ternyata usaha itu menemui jalan buntu.
Namun penulis tidak hairan, ini kerana kerajaan negeri Selangor sebenarnya tidak pernah ikhlas untuk menyelesaikan masalah melibatkan kebajikan rakyat.
Hari ini, ekoran rasa bimbang terhadap masalah lambakan sampah sarap di Selangor, kerajaan negeri melalui exco-nya, Datuk Theng Chang Khim mencadangkan supaya kerajaan negeri mewujudkan Inserator (tempat pembakaran sampah) bagi menangani permasalahan ini ketika berucap di sidang dun.
Yang lucunya, idea itu sebenarnya pernah dicadangkan oleh kerajaan Selangor ketika diperintah Barisan Nasional (BN) dahulu. Namun ketika itu, idea tersebut dibantah oleh Theng sendiri yang juga adalah ketua pembangkang di Selangor. Kini, theng terpaksa menceduk semula idea itu sebagai usaha untuk menyelesaikan lambakan sampah sarap di Selangor.
Sebagai fakta, penduduk di Selangor dan Kuala Lumpur dianggarkan menyumbang sebanyak kira-kira 20,000 tan sampah sehari.
Dengan peningkatan penduduk dan pusat-pusat komersial di Selangor, jumlah pembuangan sampah dijangka terus bertambah.
Namun, adalah tidak bijak jika kerajaan negeri terus menggunakan alasan pertambahan penduduk di negeri Selangor menjadi punca kepada permasalahan lambakan sampah itu. Alasan bodoh itu seolah-olah meletakkan beban kepada bahu rakyat pula.
Inilah kebodohan pemimpin Paktan Rakyat. Rakyat sebenarnya mahu masalah itu diselesaikan. Dan kerajaan negeri pula perlu memikirkan jalan penyelesaian sebagai memenuhi tanggungjawab mereka sebagai wakil kepada rakyat.
Penulis yakin, ramai yang tidak tahu fakta ini. Ketika pengurusan sampah di Selangor diselia oleh Alam Flora sebelum ini. Kos pengurusan sampah hanya melibatkan RM220 juta dengan jadual kutipan konsisten iaitu sebanyak tiga (3) kali seminggu.
Dan hari ini, dewan diberitahu, kerajaan negeri membelanjakan sebanyak RM344 juta bagi kos pengurusan sampah di negeri Selangor. Iaitu peningkatan sebanyak RM124 juta berbanding sebelum ini ketika Selangor diperintah BN. Lebih teruk, jadual kutipan sampah hanya dibuat dua (2) kali seminggu. Di sesetengah kawasan pula, kutipan dibuat menggunakan lori 1 tan dan kenderaan 4WD.
Apa sudah jadi? Kenapa dengan pertambahan untuk kos pengurusan sampah, masalah lambakan sampah sarap semakin memburuk?
Mana lori-lori sampah yang digembar-gemburkan telah dibeli dari negera China itu? Sehingga kini tidak nampak batang hidung?
Nampaknya, seperti ada sesuatu yang tidak kena. Rakyat kena siasat! Jangan biarkan ketirisan dikaburi dengan ketaksuban kononnya Pakatan Rakyat ini hebat membela rakyat. Ingat, laungan berapi bukan bukti mereka hebat bekerja untuk rakyat.
saya pernah bertanya kepada Kontaktor yg menjalankan kerja2 pengutipan sampah di kaw. saya di Bangi, kenapa skrg kutip sampah seminggu sekali bukannya dua kali..? jawapan yg diberi kerana takda lori..!!??
ReplyDelete