Pages

Sunday, 20 October 2013

[TERKINI] UMNO TUBUH JAWATANKUASA KHAS SIASAT KELEMAHAN PEMILIHAN


Satu jawatankuasa khas akan dibentuk oleh Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno yang baru bagi menyiasat segala permasalahan yang timbul sepanjang pemilihan di peringkat bahagian yang berlangsung semalam, kata Tan Sri Tajol Rosli Ghazali. 

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno itu lagi, jawatankuasa tersebut juga akan membincangkan apakah tindakan susulan yang akan diambil berdasarkan laporan yang diterima dan ia akan dipengerusikan oleh Datuk Abdul Raof Yusoh selaku Setiausaha Kerja parti. 

"Selepas pemilihan ini banyak masalah berkenaan pemilihan akan timbul, masalah yang timbul di cawangan dan bahagian sebagainya, pihak Majlis Tertinggi telah menubuhkan satu jawatan kuasa khas yang akan melihat kepada semua masalah yang timbul,".

"Dan jawatan kuasa khas ini akan dipengerusikan oleh Datuk Abdul Rauf Yusoh, Setiausaha Kerja Umno Malaysia," katanya dalam sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebentar tadi. 



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini