Pages

Tuesday, 29 October 2013

[TERKINI] #PRKSgLimau: LAUNGAN #BeraniHijrah RANAP EGO PAS DI BUKIT BESAR


Berbaki lima hari tempoh kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau, Barisan Nasional (BN) berjaya memasuki kubu kuat PAS yang diklasifikasikan sebagai 'kawasan hitam'.

Ketua Pemuda BN, Khairy Jamaluddin berkata, perkembangan itu merupakan isyarat positif kepada BN dalam usaha meraih undi di kawasan penyokong tegar PAS.

"Saya diberitahu kalau dulu nak letak bendera BN pun susah. Sekarang bendera boleh dikibarkan, poster boleh digantung malah ada juga orang kuat PAS sudah bersama kita sama ada menjadi jentera atau menyatakan sokongan kepada kita.

"Ini petanda baik, maksudnya mereka sudah bersedia untuk buat perubahan dengan menyokong BN," katanya selepas program 'walkabout' di peti undi Bukit Besar di sini, hari ini.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia berkata, pihaknya mengklasifikasikan beberapa peti undi seperti Matang Buloh, Selengkoh dan Bukit Besar sebagai 'kawasan hitam' berdasarkan rekod kekalahan BN dalam beberapa pilihan raya yang lalu.

"Mana-mana yang diklasifikasikan sebagai kawasan hitam, kita boleh masuk. Menang tak menang sekurang-kurangnya kita nampak sudah ada peningkatan untuk kurangkan majoriti PAS di kubu mereka," katanya.

Tambah Menteri Belia dan Sukan itu lagi, slogan 'berani hijrah' yang digunakan BN pada pilihan raya kecil ini jelas bertepatan dengan usaha memenangi hati pengundi DUN Sungai Limau.

"Slogan yang dipilih Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir adalah tepat sebab kita nak bagi keyakinan kepada rakyat yang selama ini memilih PAS supaya mereka berhijrah menyokong BN.

"Mereka perlu faham bahawa kali ini BN adalah kerajaan. Mereka tak akan rugi kalau pilih BN," katanya.

Sebagai rekod, Pas menang dengan majoriti terbesar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Bukit Besar di kawasan Dun Sungai Limau pada pilihanraya lepas iaitu sebanyak 1199 undi berbanding PDM lain.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini