Tindakan calon Pas, Mohd Azam Abdul Samat mengunjungi Baharom Ramli, bapa kepada Ketua UMNO Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom di rumahnya dan kemudian gambar kunjungan itu dimuat naik ke laman sesawang adalah satu tindakan eksploitasi bagi menipu pengundi di Sungai Limau.
Mengulas lanjut, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir mempersoalkan keikhlasan niat calon Pas dan percaya peristiwa itu dirancang untuk mengelirukan pengundi di Sungai Limau.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah itu berkata, beliau tertanya-tanya apakah tujuan sebenar mereka berbuat demikian pada tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau sedang berjalan.
Beliau berkata, jika ingin bercakap mengenai keikhlasan, beliau bersama calon Barisan Nasional (BN), Dr. Ahmad Sohaimi Lazim membuat kunjungan hormat ke atas Puan Sri Faekah Sheikh Hamzah, balu bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak dan keluarganya di Alor Setar pada malam hari pengenalan calon BN, 21 Oktober lalu.
"Rombongan kami berada kira-kira dua jam di rumah itu dengan berbual mengenai pelbagai perkara dan memperkenalkan calon kita sebagai kunjungan hormat kerana DUN Sungai Limau diwakili Allahyarham Azizan.
"Tetapi tiada pula kita nampak gambar daripada pertemuan itu dimuat naik kerana saya rasa itu satu cara kita. Hendak masuk kawasan orang kita beri salam dulu," katanya ketika ditemui semalam.
Peristiwa itu dilaporkan di dalam laman portal milik Pas, Harakahdaily.net pada semalam.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini