Pages

Tuesday, 22 October 2013

[TERKINI] #PRKSgLimau: DR SOHAIMI CADANG TUBUH INSTITUT LATIHAN IMAM


Calon BN bagi Sungai Limau, Prof Dr Ahmad Sohaimi Lazim berikrar untuk membawa “pembangunan manusiawi” untuk penduduk DUN Sungai Limau sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat baru kawasan itu.

Beliau antara lain berkata akan membantu MP Jerai yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom untuk menubuhkan Institut Latihan Imam di kawasan berkenaan.

"Saya fikir kita kena bagi penekanan kepada pembangunan manusiawi, pada ketika kita juga tidak menafikan pembangunan fizikal," katanya.

Bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata beliau mengenal pasti beberapa kawasan yang berpotensi untuk dimajukan sebagai pusat pelancongan pertanian.

"Saya nampak kita juga ada potensi untuk pelancongan pertanian (agro-tourism) kerana kita ada kawasan pesisiran pertanian seperti Kuala Sedaka, Kuala Sungai Limau, Kuala Sala," kata Suhaimi.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sulungnya, sebaik diumumkan petang semalam sebagai calon pilihan BN untuk bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.

Menjawab soalan wartawan, bapa kepada enam orang anak itu kelihatan tidak gentar bertanding di kawasan yang dianggap sebagai kubu kuat PAS.

Beliau yakin bahawa faktor keluarga penyandang kerusi tersebut, Allahyarham Datuk Seri Azizan Razak, tidak akan mempengaruhi pengundi muda di kawasan tersebut.

Azizan, yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis pada 26 September lalu, mempertahankan kerusi tersebut selama lima penggal.

"Di kalangan generasi muda saya tak percaya keluarga akan main peranan yang penting," katanya.

Ahmad Sohaimi akan berdepan dengan Ketua Pemuda PAS Jerai Azam Samad dalam pilihan raya kecil 4 November. 

Azam telah diumumkan sebagai calon mewakili PAS bagi Sungai Limau.


Berita terkini dari Sungai Limau, [klik sini]

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini