Bangsa Melayu di Malaysia pada suatu ketika dahulu adalah 100%. Tapi kini kita sudah menjadi 60%? Atau juga mungkin kurang dari peratusan itu.
Selepas mencapai kemerdekaan dari British pada 1957, dasar-dasar kerajaan telah membuka ruang dan peluang kepada bangsa lain di dunia untuk menjadi warga Malaysia dengan mudah dan senang. Hal yang demikian adalah satu tanggungjawab yang harus dipatuhi oleh negara pengamal demokrasi seperti Malaysia. Kalau tidak, nanti kita akan mendapat musuh.
Walaupun Malaysia mempunyai sembilan orang Sultan yang bersilih ganti setiap lima tahun untuk diangkat sebagai Yang DiPertuan Agong. Namun, secara falsafahnya, kedudukan sistem monarki masih tertakluk kepada berapa ramai jumlah orang Melayu di Malaysia. Jika Melayu masih majoriti, maka Sultan dan Agong masih relevan, tapi jika Melayu tidak lagi menjadi majoriti, maka bersiap sedialah, kerana kedudukan monarki pasti akan dicabar oleh kuasa-kuasa politik di masa akan datang.
Jika ditakdirkan bangsa Melayu menurun kepada 35%-45%, mampukah lagi bangsa Melayu kita dianggap sebagai majoriti di negara ini? Atau relevan lagikah sistem monarki kita yang khasnya dibuat untuk bangsa Melayu sebagai simbol kedaulatan? Atau mungkin pada hari itu, kita harus mengubah polisi-polisi negara dan keistimewaan orang Melayu harus dibuang, kerana kita bukan lagi golongan majoriti?
Hal ini bukanlah mustahil untuk terjadi, cuma ia mungkin sedikit lambat. Hari ini pun, sudah ada tanda-tanda orang Melayu akan menjadi golongan minoriti. Sebagai contoh, pasangan Melayu tidak lagi mempunyai anak yang ramai, ada yang sudah berkahwin tapi melambatkan kelahiran anak-anak mereka. Ada juga yang tidak dapat anak walaupun telah lama mendirikan rumah tangga. Hal ini banyak berlaku bagi pasangan di kawasan bandar.
Faktor ekonomi menjadi tiang di dalam menentukan penghasilan generasi-generasi Melayu baru. Jika ekonomi orang Melayu terus-menerus tidak menentu dan kita hanya kuat di dalam politik, maka populasi orang Melayu sudah pasti akan menurun. Ini kerana, ekonomi rumah tangga juga menjadi faktor kesuburan pasangan dan keharmonian rumah tangga itu sendiri.
Selain itu, tanda-tanda lain orang Melayu menjadi kumpulan minoriti adalah ramai wanita dan lelaki Melayu masih tidak berkahwin walaupun usia mencecah 40-an. Mereka ini mungkin berjaya di lapangan kerjaya. Malangnya, akibat terlalu obses bekerja, mereka menjadi tidak hirau kepentingan mencari pasangan untuk mendirikan rumah tangga.
Hari ini jumlah orang Melayu di Malaysia tidak sampai 50% tidak termasuk kaum bumiputera yang lain. Walaupun angka itu tidak menakutkan, namun jika peratusan terus menurun. Ada rasional satu hari nanti orang Melayu bukan lagi bangsa majoriti di Malaysia.
Sudahlah ekonomi orang Melayu lemah. Kini, landskap politik orang Melayu dilihat tidak menentu dan berpecah-pecah. Aduhai Melayu...
Seperti penulis katakan tadi, perkara itu tidak berlaku sekelip mata. Namun tidak mustahil berlaku akan datang. Ketika di zaman cucu dan cicit kita nanti.
Kita sudah ada contoh, sudah pun berlaku di Sri Lanka, Singapura dan terkini di Pulau Pinang. Aduhai Melayu...
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini