Pages

Thursday, 19 September 2013

[TERKINI] WAJIB TONTON: ADA BERANI? JOM SERTAI KELAB PEMIMPIN MATI DITEMBAK!!!


Barangkali ramai tidak menyedari bahawa Pemuda UMNO Malaysia pernah mewujudkan sebuah akademi dengan nama Akademi Pemuda yang bertujuan untuk melatih bakal pemimpin dengan keupayaan intelektual dan penyelidikan strategik. 

Namun sehingga kini, penulis belum pernah bertemu dengan bekas graduan hasil keluaran dari akademi tersebut.

Dalam laman tersebut turut memaparkan bahawa Akademi Pemuda mempunyai 15 orang pekerja sukarelawan yang terdiri daripada golongan pendidik, penyelidik, professional muda dan belia yang bertindak sebagai jurulatih. 

Sebagai perbandingan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mempunyai akademi yang serupa untuk tujuan pengkaderan bagi melahirkan ikon dan pemimpin masa depan mereka. 

Akademi itu sangat aktif melahirkan pemimpin dan difahamkan akademi tersebut mengambil pelajarnya sebanyak empat kali setahun. Pengambilan pelajar adalah terbukan kepada semua dan kebanyakkan adalah dari kalangan mahasiswa dan graduan universiti. 

Akademi mereka turut menawarkan program lanjutan kepada pelajar yang berpotensi hingga ke Germany, Indonesia, Israel dan beberapa buah negara lain untuk mempelajari seni propaganda dan Psywar. 

Kebanyakkan pemimpin dari Institut Kajian Dasar (IKD) menjadi tenaga pengajar dan jurulatih dalam akademi itu. Difahamkan, Anwar Ibrahim juga antara tenaga pengajar di situ. 

Antara ikon orang muda dan bekas pelajar yang dihidup oleh mereka adalah Siti Aishah (Ketua Srikandi PKR), Khalid Ismath (Presiden KAMI), Adam Adli (Aktivis Mahasiswa) dan ramai lagi. 

Modul terpenting di akademi tersebut adalah berkenaan ilmu pengucapan awam dan pidato. Sebab itu mereka yang lahir dari akademi itu berupaya berpidato dengan baik sekali. 

Ini berbeza dengan Akademi Pemuda oleh Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Setakat ini, penulis tidak nampak hasil dan keberkesanan penubuhan akademi itu. 

Namun apa yang menarik dan mahu dikongsi oleh penulis adalah kelainan cara pendekatan yang digunakan oleh seorang wakil rakyat di Selangor. Beliau sebelum ini telah memuat naik beberapa buah video kreatif. Idea dalam video belum pernah dibuat oleh mana-mana pemimpin politik. 

Dan terbaru, beliau memuat naik sebuah video tentang 'Gilap Pemidato Hebat' bahagian 1. 

Wakil rakyat ini wajar dijadikan contoh baik dari kalangan pemimpin politik mahupun seluruh rakyat Malaysia.



No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini