Ustaz Satiful Bahri (berkopiah) bersama Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut bertanya khabar dengan penduduk di Kuala Besut.
Perlantikan Husam Musa sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut dilihat tidak disenangi sebahagian besar kepimpinan PAS Terengganu yang sebelum ini telah bersetuju melantik ADUN Paka, Ustaz Satiful Bahri bin Mamat sebagai pengarah bagi PRK Kuala Besut.
Sewaktu pengumuman oleh Presiden PAS, Ustaz Satiful yang duduk di belakang hanya mampu tersenyum ketika nama Husam Musa disebut sebagai pengarah PRK Kuala Besut.
Menurut saksi, beberapa ahli PAS telah berjumpa dengan Ustaz Satiful sebaik sahaja pengumuman itu dibuat. Mungkin berbincang tentang perlantikan Husam Musa yang membelakangi keputusan yang dipersetujui oleh kepimpinan PAS Terengganu.
Maka jika benar maklumat yang diberitahu oleh sumber, ini merupakan petanda baik buat jentera Barisan Nasional (BN) kerana sudah pasti jentera PAS akan berdepan dengan masalah ekoran konflik perlantikan pengarah pilihan raya.
Yang pasti, kerusi DUN Kuala Besut dijangka terus kekal milik BN walaupun PAS berpeluang untuk mencabar kedudukan BN sebagai pemerintah di Terengganu jika keputusan jumlah kerusi seri 16 -16.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lepas, penyandangnya Allahyarham Dr. A. Rahman Mokhtar mempertahankan kerusi DUN Kuala Besut denga mengalahkan calon PAS Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini