Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir akan berkempen dan membantu habis-habisan bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut sebagai membalas budi Terengganu kepada Negeri Jelapang Padi itu.
Mukhriz berkata, Kedah banyak belajar daripada Terengganu terutama dalam bidang pendidikan menerusi pendekatan Ulul Albab yang terbukti melahirkan ramai pelajar cemerlang.
"Kami datang jauh dari Kedah kerana kami membalas jasa dan budi baik kerajaan Terengganu kerana banyak yang kami belajar menerusi pendekatan pendidikan yang digunakan di negeri ini (Terengganu).
"Salah satu contoh ialah pendekatan Ulul Albab yang saya terapkan di Jerlun ketika menjadi Ahli Parlimen," katanya ketika pemberita selepas menyerahkan zakat kepada 110 penerima di Kampung Air Terjun, di sini.
Mukhriz yang juga Pengerusi BN negeri Kedah berkata, sekolah rendah dan menengah dalam kawasan Parlimennya (ketika menjadi Ahli Parlimen) menunjukkan keputusan yang cemerlang selepas menggunakan pendekatan Ulul Albab yang berasal dari Terengganu.
Pendekatan Ulul Albab diperkenalkan oleh bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh bagi mengalakkan lebih ramai pelajar untuk mencapai keputusan cemerlang.
Selain Mukhriz, sembilan lagi Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) dari Kedah turut berada di Kuala Besut untuk membantu jentera pilihan raya BN.
Beliau selepas itu melawat seorang warga emas, Hassan bin Ali, 68 serta bersolat Asar di rumah bekas Bendahari Pas Gong Penaga.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini