Pages

Thursday, 18 July 2013

[TERKINI] PRK KUALA BESUT: LUAR BIASA! DAKWAT MUNCUL SEMULA SELEPAS DICUCI! @kualabesut_ #N01KualaBesut



Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini memberi jaminan, dakwat kekal yang bakal digunakan dalam pilihan raya kecil (PRK) Kuala Besut dijamin kekal walaupun dicuci beberapa kali.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata bagi membolehkan kesan dakwat kekal pada jari, pengundi dinasihatkan untuk memastikan jari mereka tidak berminyak.

"Setelah dicelup, dakwat kekal itu perlu dibiarkan lebih kurang 30 saat untuk kering. SPR mendapati jika dakwat kekal itu dicuci, warnanya akan muncul semula di jari," katanya dalam satu kenyataan selepas simulasi penggunaan dakwat kekal dijalankan di Bangunan Majlis Daerah Besut pagi tadi.

Bagi membuktikan keberkesanan dakwat itu, seorang wartawan menguji dakwat dengan mencelup jari dan mencuci beberapa kali. Ternyata dakwat masih kekal dan bertambah gelap.

Namun apa yang menjadi kebimbangan adalah, simulasi sama turut dibuat oleh SPR pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) baru-baru ini. Hasilnya pun sama apabila dakwa dilihat kekal pada jari pendemo dalam simulasi itu. 

Malangnya, dakwat yang digunakan kepada pengundi ketika PRU-13 tidak kekal dan dijadikan isu oleh pihak Pakatan Rakyat (PR) untuk mempertikaikan keputusan PRU-13.

Jadi, pihak SPR jangan mengulangi kesilapan dahulu dan membiarkan isu dakwat kekal dimanupulasikan oleh PR. SPR kena pastikan dakwat itu kekal ketika digunakan pada hari pembuangan undi nanti. Jangan sampai dosa-dosa SPR, BN pula yang kena tanggung.


No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini