Pages

Thursday, 11 July 2013

[TERKINI] PRK KUALA BESUT: GILA! HUSAM JANJI 'STADIUM TERAPUNG' JIKA PAS MENANG!!?


Teka teki nama calon kedua dua parti bertanding terjawab sudah, dimana PAS mempertaruhkan Endot@Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che long dikalangan penduduk tempatan disini, manakala Barisan Nasional meletakkan Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman , kedua duanya muka baru dihidangkan kepada rakyat Kuala Besut untuk dipilih mewakili mereka. Yang pasti kedua duanya bukan pengedar PIL KUDA atau pendokong fahaman STALIN.

Apa yang menarik disini adalah PAS telah melantik Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Jawatankuasa Induk Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Besut untuk mengepalai kempen mereka dan seperti biasa banyak pengumuman terkejut yang ‘LUARBIASA’ bakal diberikan oleh Datuk Husam seperti mana semasa beliau menjawat jawatan Exco dalam kerajaan Kelantan dulu dan semasa beliau bertanding untuk merebut kerusi Parlimen Putrajaya semasa PRU 13 lalu. 

Ramai pemerhati melihat ia tidak lebih dari mengubati hati Husam yang telah disisihkan dari jawatan exco negeri setelah PAS mengekalkan pemerintahan di Kelantan, manakala secara peribadi saya beranggapan ia bakal menambahkan lagi senarai kegagalan kepada ‘track rekod’ Husam selepas membuat berbagai ‘KEJUTAN LUARBIASA PADA RAKYAT KELANTAN’.

Apakah nanti akan ada pengumuman luar biasa seperti ‘STADIUM BARU TERAPUNG ‘ di Kuala Besut bakal dijanjikan? Sama sama kita tunggu, kerana di dalam suasana Pilihanraya Kecil begini isu isu setempat lebih dominan dalam menentukan pola pengundi di sini. 

Para pengundi tidak akan terkesan sangat dengan cerita cerita diluar seperti isu BLACKOUT, mereka juga agak sukar melihat BANGLA berkeliaran di Kuala Besut untuk termakan dengan isu pengundi Hantu. Jadi jalan yang perlu dipilih oleh PAS adalah dengan menjanjikan sesuatu yang agak luarbiasa untuk memikat hati rakyat Kuala Besut.

Idea kerusi dun 16:16 juga , diperingkat ini bukanlah suatu yang boleh memikat hati rakyat Kuala Besut kerana ia seolah olah ‘ cuba memperjudikan nasib’ mereka kepada sesuatu yang belum pasti apabila Dun ‘tergantung’, ramai dari penduduk Kuala Besut tidak mahu mereka dijadikan bahan ujian untuk sebuah masa depan yang belum pasti. 

Dengan majoriti 2434 amat sukar untuk PAS memenangi isu dan inilah yang membuatkan tidak nampak kesungguhan di pihak PAS untuk memenangi Dun Kuala Besut, hanya sekadar untuk ‘cukup syarat’ bertanding.

Selanjutnya, [klik sini]

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini