Pages

Sunday 28 July 2013

[TERKINI] PEMILIHAN UMNO 2013: SENARAI KETUA BAHAGIAN DI SELANGOR YANG WAJIB BERUNDUR!!! #UbahSel


Kepimpinan UMNO di Selangor mesti diubah. Itu sahaja harapan yang tinggal untuk memikat semula hati rakyat bagi memenangi semula negeri Selangor dalam PRU-14.

Justeru menjadi tanggungjawab perwakilan di UMNO bahagian supaya berfikir panjang dan beri peluang kepada muka-muka baru dalam pemilihan di peringkat bahagian akan datang.

Kepada perwakilan, formulanya mudah. Ketua-ketua UMNO bahagian yang parlimen-nya tewas pada PRU-13 wajar berundur dan janganlah menawarkan diri lagi dalam pemilihan kali ini.

Bagi ketua bahagian yang tewas semua kerusi di parlimen dan Dun pula, sewajarnya turut angkat kaki dan berundur. Mereka ini patut berasa malu dengan kegagalan mereka dan menyedari isyarat bahawa rakyat sudah muak dan menolak kepimpinan mereka. 

Penulis angkat topi kepada Ketua UMNO Bahagian Subang, Dato Bushro Mat Johor yang telah menyatakan hasrat untuk tidak mempertahankan jawatan Ketua Bahagian yang sedang disandangnya.


Tabik spring Dato'! Banyak Ketua Bahagian takde telor, tak macam Dato'. 

Bushro sedar di atas kegagalannya menerajui bahagian. Maka UMNO Bahagian  Subang memerlukan muka baru yang boleh memberi kemenangan kepada parti, negeri dan parlimen.

Jadi jawatan itu janganlah pula diisi oleh mereka yang tidak berwibawa pula. Contoh seperti di Subang, jawatan ketua bahagian jangan pula diganti oleh Dato' Zein Isma yang tidak relevan lagi sebagai pemimpin di situ. Beliau juga tidak berupaya menarik minat pengundi di parlimen Subang. Semua mengakui hakikat itu.

Dato' Zein Isma bin Ismail bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Subang menawarkan diri bertanding Ketua UMNO Bahagian Subang. "Wahai Dato' Zein, sudah tiba masanya kamu pun berundur" - ahli akar umbi.

Justeru bukanlah sesuatu yang luar biasa, jika pemimpin muda turut menjadi pertimbangan perwakilan. Peralihan kuasa di bahagian-bahagian di Selangor adalah perlu demi mengimbangi kelahiran pemimpin-pemimpin baru di dalam UMNO. Supaya tiada lagi isu ketandusan pemimpin di Selangor.

Perwakilan yang sayangkan parti dan mahukan parti menang pada PRU-14, mesti gunakan kuasa dan undi mereka untuk keluarkan pemimpin yang tidak lagi boleh bawa kemenangan kepada parti di DUN dan Parlimen.

Oleh itu, penulis senaraikan Bahagian yang kalah di kerusi Parlimen/Dun dan memerlukan pemimpin yang baru:-

1. Sepang - Dato' Seri Ir. Mohd Zin bin Mohemed (kalah 3-1)

2. Selayang - Abdul Syukur bin Idrus (kalah 3-1)

3. Gombak - Hj Abdul Rahim bin Kamaruddin (kalah 4-0)

4. Ampang - Dato' Ismail bin Kijo (kalah 4-0)

5. Pandan (kalah 4-0)

6. Hulu Langat - Datuk Johan b. Abdul Aziz (kalah 3-1)

7. Serdang - Datuk Hj. Mohd Fathil bin Daud (kalah 4-0)

8. Puchong - Dato' Hj. Mohamad Satim bin Diman (kalah 3-0)

9. Kelana Jaya - Tan Sri Muhammad bin Muhamad Taib sertai PAS

10. PJ Selatan - Raja Dato' Hanipuddin bin Raja Dato' Nong Chik (kalah 3-0)

11. PJ Utara - Dato' Ikhwan Salim bin Dato' Hj. Sujak (kalah 3-0)

12. Subang - Dato'Ir. Muhammad Bushro bin Mat Johor rela berundur.

13. Shah Alam - Dato' Hj. Ahmad Nawawi bin Dato' M. Zin (kalah 3-0)

14. Kapar - Dato' Hj. Abdul Rahman bin Palil (kalah 4-0)

15. Klang - Datuk Mazlynoor bin Abdul Latiff (kalah 4-0)

16. Kota Raja - Ir. Hj. Kamaruzzaman bin Johari (kalah 4-0)

17. Kuala Langat - Dato' Hj. Sulaiman bin Mohd Karli (kalah 4-0)


Ketua Bahagian yang wajar dikekalkan berikutan prestasi baik dalam PRU-13

1. Sabak Bernam (menang 2-1)

2. Hulu Selangor - Dato' Mohd Idris bin Abu Bakar (menang 3-1)

3. Tanjong Karang - Dato' Seri Noh bin Omar (menang 3-0)

4. Kuala Selangor - Dato' Amiruddin bin Setro (menang 3-1)

5. Sungai Besar (menang 2-1)


Apa pun keadaannya, mungkin apa yang dipaparkan di sini tidak akan menyenangkan hati sesetengah pihak, tetapi penulis melihat dari sudut pandangan seorang rakyat. Oleh itu buatlah keputusan yang bijak demi parti, agama, bangsa dan negara, jangan lepas peluang keemasan ini bagi memilih barisan kepimpinan yang benar-benar layak dan paling penting diterima oleh rakyat.

3 comments:

  1. As Salam.
    Saya bersetuju dengan cadangan penulis agar ketua bahagian yang kalah seharusnya berundur.
    Namun pada sya,,Dato' Ir Bushro Mat Johor amat tidak wajar jika beliau berundur. DUN paya jaras kalah ditangan PAS kerana peti undi taman ehsan dan aman puri yang solid CIna kapir Harbi swing 100% taehadap calon BN. Kalau di peti undi melayu,,80% Datuk Bushro menang di semua peti undi tersebut.

    Saya amat menentang Dato' Bushro jika menarik diri dari bertanding Ketua Bahagian.

    ReplyDelete
  2. ...semangat mahu bertanggung-jawab dan rasa rendah diri yang Dato' Bushro tunjukkan tak ramai pimpinan bahagian sanggup teladani, jauh lagi utk diikuti...
    Contoh terbaik lihat saje egois saperti Ir Mad Zin, Satim Demand, Ismail x Kijo...Rahman Palit... malahan sebahagian besar KB masih lagi tanpa pedulikan impak kemurungan dan maruah ahli klrg mrk, terus mahu kekal berkuasa di bahagian masing-masing... yg teruk kecundang dik tabiat serakah pimp-inan yg lama telah berkuasa...(rata-rata mrk berkelulusan tinggi akedamik, ada yg berprofil pen-didik-an agama...)
    Namun utk turun takhta dunia yg takde apa-apa nih mereka ENGGAN, SEGAN...HAIRAN?

    ReplyDelete
  3. SAYA MENYAMBUT ANDA SEMUA DI HALAMAN INI
    INI CERITAKU

    Saya MURNI SANTI, Seorang wanita, ibu, saudara perempuan dan teman dari (Bekasi), Indonesia, saya adalah REAL ESTATE MANAGER dan saya telah mengalami banyak tekanan keuangan akhir-akhir ini, tidak ada yang mau meminjam kami uang untuk menyelesaikan proyek komersial kami yang telah dibangun beberapa bulan sekarang. Saya telah ditipu oleh beberapa perusahaan peminjaman palsu yang mengklaim sejumlah besar uang dari saya tanpa kami tidak menerima pinjaman.

    Saya frustrasi, suami saya mencoba yang terbaik dan membantu, saya akan bunuh diri karena rasa sakit itu, itu terlalu berat untuk ditanggung dan saya kehilangan semua harapan, sampai saya diperkenalkan dengan SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL sebuah perusahaan pinjaman yang disponsori oleh bank dunia itu sendiri.

    Saya memutuskan untuk mengajukan pinjaman dan memang menghubungi perusahaan, petugas bagian pinjaman mereka yang benar-benar memberi saya harapan dan mengatakan kepada saya untuk tidak khawatir perusahaan akan meminjamkan uang kepada saya, bahkan ketika jumlah yang saya butuhkan sangat besar, dan semua yang bisa saya berikan kepada mereka persyaratan yang merupakan beberapa informasi pribadi, yang saya lakukan.

    Saya menjalani semua proses, mereka berjanji untuk meminjamkan uang yang saya minta setelah mengonfirmasi bahwa saya memenuhi syarat untuk pinjaman, saya diminta untuk menunggu, yang sangat mengejutkan saya adalah pinjaman masuk ke akun saya dan saya mengkonfirmasinya .. Perusahaan kembali secara finansial dan keluarga saya baik-baik saja, ini membuat hidup saya lebih baik, saya bersyukur kepada Allah dan kepada SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL
    GMAIL ..... allglobalgrantloan@gmail.com

    UNTUK MENGHUBUNGI KU
    NAMA Perusahaan: SEMUA PINJAMAN HIBAH GLOBAL EMAIL Perusahaan: allglobalgrantloan@gmail.com. Perusahaan
    Whatsapp: +1(301)971-4445
    Nama Saya: MURNI SANTI
    Email Saya: murnisanti55@gmail.com

    ReplyDelete

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini