Beliau yang dihubungi Antarapos mengakui usaha tersebut didalangi orang dalaman parti sendiri.
Katanya lagi, perkara tersebut telah dibawa ke pengetahuan parti bagi membincangkan tindakan susulan.
"Ini adalah satu permasalahan dalam parti. Sebab saya pun telah beritahu kepada pihak pimpinan parti. Dan sekarang kita tunggulah apa tindakan yang akan dibuat oleh parti, itu saja.
"Sultan pun dah tentukan, jadi kita teruskan," katanya ketika dihubungi.
Xavier yang memegang portfolio Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin penggal 2008-2013 adalah salah seorang yang digugurkan daripada menyertai barisan exco negeri yang baru, bersama dengan ADUN Kota Anggerik, Yaakob Sapari, juga dari PKR.
Portfolio beliau digantikan oleh ADUN Kota Alam Shah, Ganapathi Rao dari parti DAP.
Desas-desus pengguguran nama Xavier mula bertiup kencang dan hangat diperkatakan menjelang saat genting pemilihan.
Di dalam blognya, Suara Sri Andalas (http://xavierjayakumar.blogspot.com), Xavier menggambarkan kelibat 'orang dalam' yang berkempen bagi menentang pemilihannya sebagai exco.
“Mereka boleh dikatakan orang-orang baru. Kumpulan ini memang mensasarkan saya sejak sebelum 2008. Mereka mencuba tetapi gagal mendapatkan kerusi (kuasa) dalam pemilihan parti. Mereka juga gagal mendapat tempat dalam barisan kepimpinan tertinggi parti.
“Selepas itu, mereka didapati mula bergerak secara sendirian untuk menentang saya dalam semua perkara. Punca dan alasannya hanya mereka yang tahu. Kini, apabila timbul kemungkinan saya dikekalkan dalam jawatan exco, mungkin mereka merasakan kedudukan mereka dalam PKR tercabar,” kata Xavier dalam satu artikel di blognya, 16 Mei lalu.
Selanjutnya, [klik sini]
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini