Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke berkata parti itu tidak mempunyai rancangan untuk memboikot sidang Parlimen, manakala Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata langkah itu hanya dilihat sebagai penghinaan kepada rakyat yang memilih mereka sebagai Ahli Parlimen.
Kedua-dua pemimpin pembangkang itu berkata demikian sebagai mengulas cadangan penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memboikot persidangan Parlimen sebagai membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Anwar membuat cadangan itu selepas gesaan oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memboikot persidangan yang akan bermula pada 24 Jun ini.
“Pendirian kami (DAP) sama dengan panndagan (penasihat parti) Lim Kit Siang,” kata Loke.
Sebelum ini Lim dipetik dalam portal berita sebagai berkata bahawa DAP tidak mempunyai rancangan untuk memboikot Parlimen.
Sementara Dr Mahfodz berkata bahawa menjadi satu kewajipan bagi mereka yang memenangi pilihan raya untuk menghadiri sesi Parlimen.
“Kita tidak perlu menghina Parlimen, kerana ia adalah serupa dengan membelakangkan rakyat,” kata Dr Mahfodz yang tewas di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir di Johor pada PRU yang lalu.
Dr Mahfodz, yang juga Pesuruhjaya PAS Johor berkata bahawa mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya hendaklah memfailkan petisyen di mahkamah.
No comments:
Post a Comment
Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;
1. Komen yang disifatkan sebagai spam
2. Komen termasuk kata-kata kotor
3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati
4. Komen yang menyerang seseorang secara individu
atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas
Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini