Beberapa hari sebelum saya pulang, selepas Zohor, saya melakukan tawaf sunat, Solat Taubat dan Istiharah, saya mohon pada Allah petunjuk mengapa saya dijemput lagi untuk ke Tanah Suci?, sedangkan saya baru sahaja menunaikan Haji bersama Arwah Nenek pada November 2010.
Selepas sahaja Solat Fardhu Zohor, hati saya begitu terpanggil untuk melepaskan segala luka dan perit didalam hati saya, dengan melafazkan sumpah di hadapan Baitullah. Saya pun terus ke Kawasan Multazam(Pintu Kaabah), lalu melafazkan dan merakamnya sendiri.
Terus terang, selepas saya melafazkan Sumpah Laknat tersebut, secara tiba-tiba saya rasa seperti hilang segala rasa tekanan dan beban yang sedang dipikul. Saya benar-benar rasa puas dan peroleh keyakinan dan keberanian. Pada hemat saya, setelah keputusan kes saya diputuskan sebegitu rupa, hanya kepada Allah SWT sahaja tempat yang tepat untuk memohon pertolongan dan berserah, tiada siapa yang dapat bantu saya, sudah hilang segalanya.
Semasa itu, saya pun tidak pasti mengapa saya digerakkan Allah untuk berbuat demikian.
Berikut adalah rakaman sumpah laknat, bertarikh 9hb April 2012 yang saya rakam sendiri melalui telefon bimbit saya.
Menyingkap Kembali
Ingin saya tegaskan bahawa idea Sumpah Laknat/Mubahalah pertama yang saya lakukan pada 2008 bermubahalah ini bukan datang dari pihak saya, ia disarankan sendiri oleh bekas Mufti Perlis Dr Asri beberapa hari selepas saya membuat laporan polis dan ia disokong oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Boleh rujuk disini, http://jasindaily.blogspot.com/2008/07/sumpah-dengan-junjung-al-quran-untuk.html
Jadi selepas mendengar saranan tersebut, pada 7 July 2008, saya telah mempelawa beliau(DS Anwar) untuk bermubahalah. Namun setelah pelbagai dolak-dalih diberi untuk tidak melakukannya, jadi saya terpaksa melakukannya sendiri demi untuk mempertahankan kebenaran.
Untuk makluman, Rakaman sumpah laknat ini adalah untuk rekod peribadi, namun saya percaya persoalan pada semua adalah mengapa baru sekarang saya siarkan rakaman sumpah laknat di hadapan Kaabah ini? Ini adalah berkenaan maruah dan nama baik saya dan seluruh ahli keluarga. Secara Jujur, saya amat tertekan setelah bapa saya membuat tuduhan yang tidak benar, memohon maaf pada DSAI pada 8hb Mac 2013 yang lepas.
Walaupun tidak pernah terlintas untuk mendedahkan rakaman ini sebelum ini, namun semalam, apabila bapa saya menarik semula tuduhan beliau, saya percaya ia boleh mengelirukan semua dan menimbulkan banyak persoalan. Oleh demikian, saya mengambil keputusan untuk menyiarkan rakaman sumpah laknat ini bagi membuktikan kebenaran kata-kata saya bahawa saya dengan sebenar-benarnya telah diliwat oleh DSAI dan sekaligus membersihkan nama saya dan keluarga dari apa jua tohmahan yang tidak sepatutnya.
Sumpah Laknat saya dihadapan Kaabah ini adalah benteng perjuangan terkuat dalam perjuangan sebagai seorang Muslim dalam episod saya menegakkan kebenaran. Telah 5 tahun saya Istiqamah dan Sabar. Pelbagai pahit manis telah saya lalui, juga banyak permata yang telah saya kutip.
Saya ingin menyatakan sebagai seorang Muslim, Saya yakin lafaz sumpah dihadapan Baitullah ini bukanlah sesuatu yang boleh dipermainkan dan dalam sejarah Islam pun perkara-perkara begini adalah sangat serius. Dan dari segi nasihat yang saya terima dari Ulama pun amat lah besar kesan dan akibatnya jika ia satu dusta.
Untuk makluman semua, Saya telah dua kali bersumpah laknat termasuk dihadapan Baitullah didalam kawasan Multazam(Pintu Kaabah) namun DSAI masih lagi enggan bersumpah laknat untuk menafikan bahawa beliau tidak pernah meliwat saya, sehinggakan ketika prosiding membela diri di Mahkamah juga beliau enggan memberi keterangan secara bersumpah.
Saya percaya yang DSAI tidak akan berani bersumpah walau dihadapan siapa atau dimana sekalipun. DSAI akan terus berdolak-dalik dengan penafian kosong semata-mata dan saya percaya beliau akan terus melarikan diri dari bersumpah laknat.
Pada hemat saya, jika ditakdirkan saya sudah tiada, sumpah laknat dihadapan Baitullah ini lah yang akan menjadi benteng dan saksi kebenaran kepada semua umat Islam yang percaya pada kekuasaan Allah S.W.T, dan juga bagi meneruskan perjuangan kebenaran ini.
Ingin saya tegaskan disini bahawa walau apa jua yang terjadi, saya akan terus sabar dan istiqamah dengan kebenaran yang saya bawa selama ini. Tidak sesekali saya akan menyerah kalah . Kepada semua, Demi Allah saya tidak berbohong didalam laporan Polis yang saya buat pada 2008.
Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!
Illahi antal maksudi waridha kamath lubi
Kepada Allah saya berserah
MOHD SAIFUL BUKHARI AZLAN
2hb Mei 2013
inilah yg aku heran ni.Pendukung aljuburi kata rujuk ulamak dlm masalah sumpah laknat tp mereka tak tahu yg saiful sumpah 2008 ulamak mereka sendiri yg sokong..ai heran aku dgn PR ini.sudah penatik tak mahu lg dgr apa2.ulamak jd bisu.sokong membuta-tuli.kat hendak perjuangkan islam,hudud tp dalam masa yg sama menjual agama dgn bersekongkol dgn pendukung yahudi dan musuh agama.macamana mahu perjuangkan agama kalau begini.kalau boleh nak buat macam di syria.mesir sanggup berperang kerana kuasa.
ReplyDelete