Penyusutan dikatakan berpunca daripada peningkatan permintaan bekalan air berikutan cuaca panas ketika ini.
Bacaan paras kolam air yang dicatat di beberapa kolam utama setakat 10 pagi semalam menunjukkan penurunan yang ketara dan berada pada tahap kritikal.
Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS, Priscilla Alfred berkata, pihaknya mengaktifkan Pelan Tindakan Kecemasan kod hijau apabila berlaku gangguan air membabitkan 15,000 akaun pengguna di kawasan Subang Jaya sejak Selasa lalu.
Bagaimanapun katanya, Kolam Air Lapangan Terbang Subang yang mengalami penyusutan mendadak kelmarin menunjukkan peningkatan setelah mendapat bekalan air alternatif dari Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.
“Kebanyakan kawasan yang menghadapi gangguan bekalan air sejak Selasa lalu mula menerima bekalan air tengah malam kelmarin dan pulih secara berperingkat,” katanya.
Beliau berkata, di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya jumlah permintaan semasa bekalan air terawat adalah di tahap 4625 JLH (purata sehingga semalam) berbanding dengan jumlah kapasiti pengeluaran boleh agih iaitu 4661 JLH.
Jelasnya, ada beberapa loji daripada 34 loji sedia ada beroperasi melebihi kadar kapasiti reka bentuknya.
Kadar rezab bekalan air dilaporkan berada pada tahap rendah iaitu kurang dari satu peratus menyebabkan paras beberapa kolam air utama menurun.
Kekurangan air dari bulan Mei hingga Oktober adalah fenomena biasa setiap tahun kerana monson barat daya yang kering. Pemelowapan yang tinggi kerana matahari terik dan tambah dengan penggunaan air yg semakin meningkat.
ReplyDeleteSila baca tulisan saya dari sudut kejuruteraan awam dan hidrologi dalam ," memahami sistem perbekalan air di lembah kelang dan projek langat 2 serta isu-isu berkaitan".
http://hisemudinkasim.blogspot.com/2013/05/memahami-sistem-perbekalan-air-di.html