Pages

Wednesday, 29 May 2013

[TERKINI] PSM DAKWA PAS BUKAN PARTI YANG BAIK


Parti Sosialis Malaysia (PSM) melahirkan kekecewaan terhadap PAS yang disifatkan tidak tegas dan serius dalam menangani isu pertindihan kerusi sehingga menyebabkan kekalahan calon parti itu, terutama di kerusi DUN Kota Damansara.

Setiausaha Agungnya, S Arutchelvan berkata, sikap PAS yang 'berlengah' dalam menangani isu pertidihan kerusi kawasan tersebut menjadi antara punca kekalahan calon PSM yang bertanding atas tiket PKR, Dr Mohd Nasir Hashim.

Dr Nasir adalah penyandang DUN tersebut, sebelum ditewaskan oleh calon Barisan Nasional (BN), Halimaton Saadiah Borhan, pada PRU-13 baru-baru ini.

Untuk rekod, DUN Kota Damansara menyaksikan pertembungan enam penjuru di antara Dr Nasir (PKR), Halimaton (BN), Ridzuan Ismail (PAS) dan tiga calon Bebas lain.

Calon PAS, Ridzuan Ismail dilaporkan enggan menarik diri walaupun diarahkan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali supaya berbuat demikian bagi memberikan laluan kepada penyandang kerusi tersebut, Dr Nasir Hashim

"Kami rasa PAS ini tidak tegas dan tidak serius. Semasa pilihanraya, mereka sepatutnya menggantung ahli mereka dan ambil tindakan yang serius. Tetapi kami tidak nampak PAS Pusat (serius), mereka macam melengahkan masa.

"Tapi lepas pilihanraya mereka nak ambil tindakan boleh, tapi secara akademik saja lah. Kami mempersoalkan mengapa PAS dalam isu Kota Damansara, tidak mengambil satu tindakan tegas semasa pilihanraya.

"Mengapa mereka melengahkan masa sehingga rakyat keliru, seolah-olah calon PAS itu mendapat restu daripada kepimpinan untuk bertanding. Selepas pilihanraya mereka nak ambil tindakan, sudah terlambat," katanya dengan penuh kesal.

Sebelum itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS III, Khalid Samad berkata, pihaknya akan mengambil tindakan ke atas pihak yang terbabit sekiranya terdapat bukti mereka mensabotaj usaha Pakatan untuk memenangi kerusi tersebut.

Menurutnya, siasatan akan dibuat oleh PAS Selangor dan hasilnya akan diserahkan kepada PAS Pusat sebelum tindakan sewajarnya

Laporan media sebelum ini juga menyebut PSM juga akan menghantar surat kepada PAS dan PKR bagi menuntut penjelasan kerana tidak berpuas hati cara kedua-dua parti berkenaan menyelesaikan isu kerusi Dun Kota Damansara dan Semenyih yang menjadi punca kekalahan PSM di situ.

"Kita dalam proses menulis surat kepada PAS dan PKR mengenai isu Kota Damansara dan Semenyih. Masih dalam proses.

"Kami harap sebelum kongres, kami akan berjumpa mereka.

"Kita kecewa dan sebab itu kita tulis surat ini kepada mereka dan kita juga akan mengkaji semula hubungan," katanya.

Tambah beliau, maklum balas yang bakal diterima daipada kedua-dua komponen Pakatan Rakyat ini menentukan status kerjasama antara PSM dan gabungan itu yang akan diputuskan dalam kongres PSM Jun depan.

"Mengkaji semula hubungan dengan Pakatan Rakyat (PR) itu pada kongres (PSM), Jun depan iaitu 28 sehingga 30 Jun.

"Dari segi membincangkan masa depan kerjasama (antara PSM dan Pakatan) adalah satu usul yang akan dibincangkan," katanya.

Pada pilihan raya umum ke-13, Presiden PAS mendakwa calon PSM berideologi komunis dan sukar bagi parti itu menerima mereka. Sehubungan itu, PAS meletakkan calonnya di kerusi DUN Kota Damansara.

No comments:

Post a Comment

Pemilik blog ini berhak untuk mengedit atau memadam apa-apa komen yang dikemukakan kepada blog ini tanpa notis disebabkan;

1. Komen yang disifatkan sebagai spam

2. Komen termasuk kata-kata kotor

3. Komen mengandungi bahasa atau konsep yang boleh dianggap menyakitkan hati

4. Komen yang menyerang seseorang secara individu

atau langsung tidak menyiarkan komen-komen yang tergolong dalam 4 pekara diatas

Pemilik blog ini juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian, kecederaan, kerosakan semasa melayari blog ini